Seorang pelajar perempuan di sini meninggal dunia selepas ditikam pelajar lelaki pada Selasa.
Seorang pelajar perempuan di sini meninggal dunia selepas ditikam pelajar lelaki pada Selasa.

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki

AHMAD ISMADI ISMAILAHMAD ISMADI ISMAIL
14 Oct 2025 01:48pm

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki pada Selasa.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.

Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.

Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Butiran penuh dijangka akan diperoleh dalam sidang media awal di lokasi kejadian.

Setakat ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan pasukan pegawai penyiasat sedang berada di lokasi.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di Bandar Utama Petaling Jaya meninggal akibat ditikam
  • Kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi
  • Pelaku adalah pelajar lelaki Tingkatan Dua yang membawa pisau
  • Polis sedang menjalankan siasatan
  • Butiran penuh akan diperoleh dalam sidang media awal
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp