Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, inilah saat untuk mereka menterjemahkan segala usaha, pengorbanan, malam tanpa lena serta setiap doa yang tidak pernah putus selama ini.
"Kekal tenang, yakin pada diri dan teruskan berdoa. Insya-ALLAH, doa ibu bapa, guru serta seluruh rakyat Malaysia turut bersama mengiringi langkah kalian.
"Moga setiap usaha diberkati, setiap langkah dipermudah dan anda semua memperoleh keputusan cemerlang," kata Perdana Menteri.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peperiksaan SPM 2025 membabitkan 413,372 calon bermula hari ini hingga 23 Disember di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara - Bernama