KPM umum lagi cuti tambahan sempena Aidilfitri! Kumpulan A dapat 2 hari, Kumpulan B 3 hari & bersambung Cuti Penggal 1 selama 9 hari

Iklan
KPM mengumumkan tambahan satu lagi hari cuti kepada semua sekolah di seluruh negara iaitu pada 18 Mac. Menurut kenyataan medianya, cuti tambahan tersebut diberikan bagi memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih teratur.

Berita gembira buat murid, pelajar dan guru serta ibu bapa apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu lagi cuti tambahan kepada semua sekolah di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026, KPM sebelum ini telah memperuntukkan cuti tambahan bagi memberi ruang kepada warga sekolah membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang dijangka disambut pada 20 Mac (Jumaat) atau 21 Mac (Sabtu).

Iklan
Iklan

Berdasarkan takwim tersebut, sekolah Kumpulan A yang melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu dijadualkan mula bercuti pada 19 Mac (Khamis).

Sementara itu, sekolah Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula sebelum ini diberikan dua hari cuti tambahan, iaitu pada 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat).

Iklan

Bagaimanapun, pada Selasa, KPM mengumumkan tambahan satu lagi hari cuti kepada semua sekolah di seluruh negara iaitu pada 18 Mac.

Menurut kenyataan media KPM, cuti tambahan tersebut diberikan bagi memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih teratur.

Iklan

"Langkah ini juga selaras dengan komitmen KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan," menurut kenyataan tersebut.

Dengan pengumuman itu, sebahagian murid dan guru berpeluang menikmati tempoh cuti yang lebih panjang, malah ada yang boleh bercuti sehingga sembilan hari (tidak termasuk cuti tambahan) apabila digabungkan dengan Cuti Penggal 1 (bermula 20 Mac hingga 28 Mac bagi Kumpulan A) dan (21 Mac hingga 29 Mac Kumpulan B).

Pengumuman ini pastinya disambut gembira oleh warga sekolah yang kini mempunyai lebih masa untuk membuat persiapan Aidilfitri serta meluangkan masa bersama keluarga.