Nur Aina Yasmine, Muhamad Alif antara permata negara

Iklan
WhatsApp Image 2021-08-03 at 8.21.39 AM
Siapa yang tidak kenal dengan atlet memanah negara, Nur Aina Yasmine Halim, 25.Beliau seorang yang cukup berbakat besar dalam sukan memanah dan telah meraih pelbagai kejayaan serta anugerah sama ada secara individu mahupun berkumpulan.Ia membuktikan anak kelahiran Pengkalan Hulu, Perak ini bukan calang-calang orangnya."Tak pernah terdetik sekalipun untuk berada dalam skuad kebangsaan. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Namun saya percaya, ini adalah rezeki yang ALLAH berikan atas usaha dan kerja keras yang dilakukan selama ini," katanya kepada GPSBestari, baru-baru ini.Menurut Nur Aina, penglibatannya dalam sukan memanah bukanlah baharu."Saya mula terlibat dalam sukan ini ketika berusia 10 tahun. Waktu itu, bapa, Halim Ismail merupakan jurulatih memanah dan dialah yang sering memberi pendedahan tentang sukan ini. Kerana minat yang mendalam dengan sukan tersebut, Nur Aina melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Kota Tinggi, Johor, untuk memahami selok-belok berkenaan sukan memanah.Baca juga Pengetua kelapan SSBJ kongsi formula lahirkan atlet murid bertaraf dunia, tak sangka ini rahsianya! Baca juga 4 platform untuk kelas online yang jarang didengari tapi sangat membantu proses PdPRSelepas menimba pelbagai ilmu dan memperoleh keputusan membanggakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nur Aina menyambung pengajian peringkat diploma di UniSZA."Saya mengikuti Diploma Pengajian Insurans selama dua tahun dan kemudian meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial."Memandangkan saya atlet universiti dan negara, saya perlu bijak membahagikan masa antara akademik dan sukan," ujarnya.Untuk menjadi pemanah yang hebat, Nur Aina berkongsi lima perkara yang perlu ada pada seorang pemanah.

INFO

Nur Aina YasminePasukan Memanah UniSZA