mote-lockup-purple (1)
mote-lockup-purple (1)

4 platform untuk kelas online yang jarang didengari tapi sangat membantu proses PdPR

Mohd Khairi Mohamad Yusri
09 Aug 2021 05:33pm
A
A
A

Selalunya dalam pembelajran melalui mod PdPR ini, platform apa yang sering digunakan oleh cikgu-cikgu?

Pastinya Whatsapp, Google Meet dan Zoom meeting berada disenarai teratas.

Namun tahukah cikgu-cikgu bahawa terdapat banyak lagi platform lain yang ada di pasaran. Semuanya mempunyai ciri-ciri unik tersendiri yang jika diteroka, mungkin akan menjadikan kalian lebih selesa menggunakannya.

Di bawah ini, GPSBestari kongsikan beberapa senarai plaftfrom yang mungkin jarang didengari tetapi sangat membantu dalam proses PdPR.

1) Parlay

Parlay merupakan sebuah platform yang menyediakan tempat kepada para pelajar untuk berinteraksi bersama rakan dan guru di dalam perbincangan yang berstruktur.

Parlay menawarkan opsyen untuk berinteraksi secara langsung dan tidak langsung. Jadi, para guru boleh menggunakannya bila-bila masa mengikut keperluan pelajar. Tambahan pula, ada banyak ciri-ciri di dalam platform ini yang memudahkan pelajar untuk memberikan pendapat mereka dalam kerangka yang berstruktur, sekali gus memudahkan guru membacanya secara waktu sebenar (real-time).

Platform ini juga menyediakan sebuah perpustakaan khas, di mana para guru boleh mencari kandungan yang sudah disediakan untuk dibincangkan bersama-sama murid, yang akan membuatkan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis bagi membincangkan jawapan bersama-sama rakan sekelas yang lain.

BACA JUGA: 8 Aplikasi yang boleh membantu anda menjadi seorang pelukis

BACA JUGA: UMP lancar Aplikasi ADAB untuk manfaat pelajar

2) Blooket

Blooket merupakan sebuah platform berdasarkan permainan trivia yang akan membantu pelajar untuk mengingati pelajaran yang diajar. Platform ini menyediakan sembilan mod permainan yang boleh ditukar-tukar mengikut set soalan.

Tidak hanya permainan yang berasaskan “pilih jawapan yang betul”, kini dengan setiap jawapan yang betul, para pelajar akan menentukan apa kedudukan mereka dalam permainan tersebut seperti seorang pelombong emas, pengawal keselamatan, pekerja kilang ataupun seorang ahli sukan.

Semua ini akan membuatkan pelajar belajar dengan lebih semangat lagi!

3) Remind

Remind merupakan sebuah aplikasi yang bertujuan untuk meningkatkan dan memperkemaskan komunikasi antara guru, pelajar dan juga keluarga mereka.

Dengan menggunakan aplikasi ini, guru boleh membuat satu kod unik untuk para pelajar dan ibu bapa menerima info-info pelajaran daripada guru. Semua mesej yang dihantar di sini tidak akan hilang atau dipadam. Jadi, semua rekod akan sentiasa tersedia untuk dirujuk pada bila-bila masa.

Selain itu, jika tidak mahu notis-notis pemberitahuan ditenggelamkan oleh puluhan maklum balas murid dan ibubapa, para guru juga boleh menetapkan sebagai mod satu hala supaya notis tersebut dapat dibaca oleh semua orang.

4) Mote

Mote merupakan extension pelayar Chrome yang boleh digunakan bersama Google Workspace. Extension ini akan membolehkan guru untuk merakam suara bagi memberikan maklum balas. Sudah pastinya para pelajar lebih suka untuk mendengar guru berbanding hanya membaca ketika menerima maklum balas akan hasil kerja mereka.

Extension ini akan membuatkan pelajar merasa lebih dekat dengan guru, yang boleh memberikan mesej pesanan suara tanpa had di Google Classroom, Docs, Slides ataupun Sheet. Semua ini boleh dilakukan dengan hanya menekan simbol Mote di bawah seksyen komen.

Dalam versi percuma, para guru boleh merakamkan suara mereka sehingga 30 saat bagi setiap komen yang dibuat. Apa yang lebih menarik, guru-guru juga boleh mengetahui jika komen mereka sudah dibuka ataupun sebaliknya.

Ikuti juga GPSBestari di twitter

Dengan mendengar maklum balas melalui suara, semua komen yang dibuat akan dapat difahami dengan tepat kerana pelajar boleh mendengar terus intonasi suara guru.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu para guru untuk meneroka pelbagai platform lain yang boleh digunakan di dalam kelas masing-masing.

Ini kerana kami pasti, setiap pendidik sentiasa bersemangat untuk mengikuti teknologi semasa bagi membantu meningkatkan lagi tahap pembelajaran murid, tidak kira di dalam mahupun di luar kelas.

Sumber: techlearning.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok