9 cara terbaik melajukan Windows 10

Iklan
ezgif-2-6d43aa130cbe
Windows 10 sememangnya boleh digunakan dengan baik untuk kebanyakan semua komputer yang boleh dibeli di pasaran.Namun ini tidak bermakna setiap komputer akan sentiasa mendapat prestasi yang baik. Sekiranya Windows 10 menjadi perlahan, cuba ikut cara-cara di bawah yang boleh digunakan bagi melajukan komputer.1) Restart komputerMembiarkan sahaja komputer hidup selama beberapa hari memang mudah, setiap kali hendak menggunakannya, hanya perlu menekan butang papan kekunci atau pun hanya menggerakkan tetikus sahaja, komputer terus dapat digunakan.Namun sebenarnya perkara ini akan menyebabkan aplikasi yang dibiarkan hidup akan menggunakan pemproses dan juga memori dengan nilai yang tinggi. Jadi, perkara tersebut akan membuatkan komputer menjadi perlahan dan juga tersekat-sekat.Jadi perkara yang boleh dilakukan adalah dengan mematikan dan menghidupkan semula komputer.2) Gunakan SSDGantikan pemacu cakera keras (HDD) dengan pemacu keadaan pepejal (SDD). Ini kerana pemacu ini adalah berkali-kali lebih pantas berbanding pemacu jenis cakera keras.Harganya kini juga tidaklah terlalu mahal. Jika wang menjadi isu, gunakan dahulu SDD bersaiz kecil seperti 120 GB dan hanya pasang aplikasi penting sahaja di SDD manakala yang lain-lain, letakkan di HDD. Dengan hanya menggunakan SDD, komputer anda pastinya akan menjadi lebih pantas.BACA JUGA: Pengalaman menjadi sukarelawan PPV asah kemahiran kendiri mahasiswaBACA JUGA: Lepasan SPM berminat menjadi doktor? Mohon hadam perkongsian ini dahulu!3) Pasang lebih banyak RAMMemori capaian rawak (RAM) merupakan memori penyimpanan pantas yang menyimpan pemprosesan data secara sementara.Jika memori ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah aplikasi yang terpasang, Windows akan mula menghantar data tersebut ke dan dari HDD/SDD. Jadi, perkara ini akan membuatkan komputer menjadi perlahan.Perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakan masalah ini adalah dengan menambah lebih banyak RAM ke komputer.4) Jalankan Disk CleanupTerdapat banyak fail-fail sementara yang tidak berguna dan akan terkumpul sepanjang anda menggunakan komputer. Walaupun namanya fail sementara, fail-fail akan terus kekal di dalam komputer anda walaupun tidak diperlukan lagi. Jadi, ia akan membuatkan komputer anda menjadi perlahan.Untuk membuang fail ini, lakukan Disk Cleanup. Aplikasi ini akan mencari dan membuang fail-fail tersebut secara automatik.5) Tukar tetapan prestasi Windows.Windows mempunyai banyak visual yang menarik, tapi tahukah anda sebenarnya semua visual-visual ini memakan memori komputer. Jika komputer anda adalah komputer lama, pastikan anda matikan semua visual hiasan tersebut bagi melajukan komputer.
    Ini sahaja yang dapat kami kongsikan. Sekiranya anda mengetahui cara lain bagi melajukan komputer, jom kongsikan di ruangan komen di bawah.Sumber: Onlinetechtips