Ketahui 6 negara yang paling kecil di dunia

Iklan
Flag_of_Malta.svg

Apakah negara terkecil di dunia? Mungkin ada yang menjawab Singapura, mungkin ada juga yang menjawab Brunei.

Iklan
Iklan

Salah! Dua negara tersebut hanyalah negara terkecil yang ada di Asia Tenggara. Sebenarnya ada banyak lagi negara yang lebih kecil daripada dua negara tersebut.

Iklan

Jika tempoh hari GPSBestari ada berkongsi tentang beberapa negara di dunia yang jarang anda dengar, kali ini pula kami akan menyenaraikan enam negara terkecil di dunia.

Iklan

Jom baca bagi menambah dan meningkatkan pengetahuan geografi.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Malta

Malta adalah kepulauan di Eropah selatan dan terletak di Laut Mediterranean. Negara ini memiliki keluasan sekitar 316 kilometer persegi dan ibu kotanya, Valletta, adalah ibu kota terkecil di dalam Kesatuan Eropah dengan luas 0.8 kilometer persegi. Malta mempunyai sejarah yang panjang kerana kedudukan geografinya di Laut Mediterranean.

Kepulauan ini telah didiami untuk pertama kalinya lebih dari 7,000 tahun yang lalu dan telah diterokai oleh pelbagai tamadun seperti tamadun Yunani, Rom, Arab dan Inggeris. Kerana itulah, terdapat banyak peninggalan sejarah di negara ini dan telah mendapat pengiktirafan The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Liechtenstein

Liechtenstein adalah sebuah negara di Eropah yang terletak di antara Switzerland dan Austria. Negara kecil ini hanya meliputi kawasan seluas 160 kilometer persegi tetapi kecantikannya tiada bandingan. Liechtenstein terdiri dari gunung dan lembah yang membuatnya kelihatan seperti tempat dari kayangan.

San Marino

San Marino adalah sebuah negara di Eropah dan dikelilingi oleh negara Itali. Namun, negara ini bukanlah satu-satunya negara yang dikelilingi oleh Itali. Keluasan San Marino hanyalah 61 kilometer persegi! Namun, ia juga merupakan antara negara yang mempunyai kekayaan yang sangat banyak. Negara ini adalah satu-satunya negara yang mempunyai kereta yang melebihi jumlah warganya sendiri.

Baca juga: Negara – negara di dunia yang anda jarang dengar, jom ambil tahu

Baca juga: Kolaborasi kreatif guru secara maya, semarakkan semangat patriotisme murid

Nauru

Nauru adalah negara jiran yang berada di kedudukan keempat dalam senarai ini, tetapi hanya mempunyai kawasan seluas 21 kilometer persegi. Nauru mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia kaya dengan sumber fosfat semula jadi. Sekitar tahun 1950-an, Nauru secara agresif meneroka sumber fosfat dan dengan cepat memperoleh kekayaan. Tetapi sumber ini tidak kekal. Sekitar tahun 1980-an, sumber fosfat yang berada Nauru mula berkurang dan tidak lagi dapat menampung ekonomi negara selain kegagalan dalam menguruskan harta negara. Akhirnya, negara mula mengalami kemelesetan ekonomi.

Monaco

Monaco kerap kali disalah anggap bahawa ia adalah sebahagian daripada Perancis. Ini kerana Monaco dikelilingi oleh Perancis pada setiap sempadan kecuali di bahagian pesisir pantai yang bersempadan dengan Laut Mediterannean. Negara kecil ini mempunyai keluasan hanya 2.1 kilometer persegi. Walaupun kecil, negara ini adalah antara yang terkaya di dunia. Hampir 30 peratus daripada rakyat negara ini adalah jutawan!

Vatican City

Vatican bukanlah negara asing bagi mereka yang mempelajari sejarah Islam dan Eropah kerana Vatican adalah kediaman pemerintah tertinggi dalam agama Kristian Katolik, Paus. Negara ini terletak tepat di tengah-tengah kota Rom dan berukuran hanya 0.44 kilometer persegi. Di sinilah Paus dipilih dan juga di mana Paus memberi arahan kepada seluruh masyarakat Kristian sejak zaman Empayar Rom kuno.