Pakar Sejarah Tokoh Terbilang, Prof Datuk Dr Ramlah Adam sifatkan mata pelajaran Sejarah menarik untuk dipelajari

Iklan
prof ramlah
"Saya berterima kasih kepada arwah ayah yang membenarkan kami adik-beradik perempuan untuk terus bersekolah sehingga ke peringkat paling tinggi dan tidak lupa juga, tindakan ayah yang memukul saya apabila tidak dapat mengeja perkataan yang disuruhnya, menjadikan ‘siapa’ saya hari ini." Itulah antara kenangan cukup bermakna buat sejarawan negara, Prof Datuk Dr Ramlah Adam.Sering berkongsi kenangan tersebut setiap kali mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, Ramlah berkata, disebabkan itulah beliau belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya ke menara gading.Berpeluang berbicara dengan ibu kepada lima orang cahaya mata ini ternyata satu pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan kerana jika selama ini panggilan yang dibuat hanya meminta pendapatnya mengenai sejarah politik negara tetapi kali ini GPSBestari dapat ‘mengorek’ serba sedikit kehidupannya.Memulakan penceritaan bagaimana beliau meminati mata pelajaran Sejarah, Ramlah memberitahu segala-galanya bermula ketika beliau berumur 10 tahun.Ketika itu katanya, mata pelajaran Sejarah diajar di darjah empat dan Cikgu Maznah Mohd Said adalah penyebab yang menjadikan Ramlah begitu berminat untuk terus mempelajari sejarah."Saya masih ingat nama cikgu Sejarah yang mengajar ketika itu, Cikgu Maznah Mohd Said."Tambahan pula saya sememangnya meminati perkara-perkara yang terperinci dan tersusun, jadi ia menambahkan minat mengenai sejarah," ujarnya.Mengulas lebih lanjut mengenai hal tersebut, menurut Ramlah, Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang perlu difahami jalan cerita dan bukannya menghafal.Untuk itu, beliau menjadi pelajar cemerlang bukan kerana berjaya menghafal tarikh, tahun dan juga fakta tetapi membaca berulang kali antara lima hingga ke enam kali seterusnya memahami jalan cerita, itulah rahsianya.PelapisKatanya, pada masa yang sama, minat membaca antara faktor membantu dirinya untuk cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah.Ramlah turut menurunkan ilmu bagaimana dia menjadikan Sejarah satu mata pelajaran yang boleh diminati generasi muda hari ini."Tidak dinafikan, minat merupakan faktor paling utama dalam apa juga perkara yang kita lakukan tetapi minat juga boleh dipupuk."Apabila anda berjaya mencari keenam-enam elemen ini, percayalah Sejarah bukan lagi satu mata pelajaran yang membosankan dan sukar untuk difahami," tuturnya lanjut.Beliau turut mengakui, hari ini bukannya tidak ada pelapis atau generasi muda yang arif dalam bidang tersebut tetapi ramai yang enggan menonjolkan diri.Ini kerana ulasnya, mereka tidak mempunyai keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai dan juga tidak lancar untuk berkata-kata."Bila bercakap mengenai pelapis, kebanyakan institusi pengajian tinggi hari ini telah mengecilkan Jabatan Sejarah dan hanya menjadikannya unit kecil. Untuk itu, nenek kepada lapan orang cucu ini berharap generasi muda hari ini diberikan pendedahan awal mengenai sejarah.Bukan itu sahaja, beliau turut menyarankan agar Cikgu Sejarah dapat menyediakan bahan pengajaran yang menarik bagi membolehkan anak-anak murid memahami dan minat dengan mata pelajaran Sejarah."Kejayaan saya hari ini selain daripada sokongan ibu bapa dan juga usaha diri sendiri, guru turut memainkan peranan penting ketika menyampaikan ilmu."Seperti mata pelajaran Sejarah, sekiranya cikgu itu pandai bercerita dan pandai menyediakan bahan pengajaran yang menarik seperti peta minda dan sebagainya, tidak ada alasan kenapa ia menjadi satu subjek yang membosankan melainkan cikgu tersebut  memberi penerangan sama seperti di dalam buku teks," katanya yang telah menulis 25 buah buku mengenai sejarah Malaysia sepanjang bergelar pensyarah.Oleh itu, Ramlah berharap agar generasi muda hari ini dapat menghayati dan manfaat sejarah sebagai panduan membina masa depan.BIODATA PROF DATUK DR RAMLAH ADAMNama: Prof Datuk Dr Ramlah AdamJawatan: Pengarah, Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Tarikh Lahir: 8 Januari 1950Tempat Lahir: Tanjung Keling, MelakaJawatan: Felow UMNO Ibu Pejabat (2020-2021)PendidikanIjazah Kedoktoran (PhD) - Universiti Malaya (1988)Sarjana Sastera - Universiti Malaya, 1977Ijazah Sarjana Muda (Kelas Kedua Tinggi) - Universiti Malaya (1973)Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM - Sijil Penuh) - Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya (1969)Sijil Pelajaran Malaysia (SPM Gred 1) - Sek. Men. Tun Teja, Melaka (1967)Anugerah Kerajaan:Darjah Seri Melaka (D.S.M)Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M), yang membawa gelaran DatukDarjah Sultan Sharifuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang membawa gelaran Dato’ (Datin Paduka)Anugerah Akademik:Biasiswa Negeri Melaka (1970-1973)Cuti Belajar Universiti Malaya (1982-1985)Hadiah Penulisan Esso – Gapena (1998)Fellow Iseas, Singapura (1999)Profesor Tamu Universiti Cornell, AS (1990)Profesor Tamu Universiti Arizona, AS (1990)Felow Tamu Universiti London, UK (1986)Anugerah Anak Gemilang Malaysia"Dato’ Onn Jaafar" oleh Astro (2006)Anugerah Wanita Melayu Ulung Melaka oleh Badan Perhubungan UMNO Melaka (2011)Profesor Adjung Universiti Teknikal Melaka (2007-2009)Profesor Adjung Universiti Malaysia Perlis (2010-2012)Felow Kehormat Universiti Islam Malaysia Penglibatan Dalam Kerajaan dan NGOAhli Majlis Panel Penasihat Jabatan Perpaduan Negara (1995-2006)Ahli Majlis Persatuan Sejarah Malaysia (2008-2014)Ahli Majlis Akademi Aswara Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (2002-2004)Penulis Jemputan Projek Tokoh Yayasan Warisan Johor (1995-1999)Pengerusi Jawatankuasa Silibus Sejarah Tingkatan Enam, Majlis Peperiksaan Malaysia (2001-2007)Ahli Jawatankuasa Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (1995-Kini)Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (2018-2019)