Penginapan di Langkawi dan Taiping untuk peserta forum 'Sayangi Bidadari Syurga'

Iklan
cde6812d-523f-4243-8c2a-a6678c8d222a
OLEH: NUR SABRINA SAMSUDINSINTOK – Pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan penginapan percuma di Langkawi, Taiping dan hamper sumbangan Keizai Store Jitra untuk peserta yang menyertai forum 'Sayangi Bidadari Syurga' sempena sambutan Hari Mental Sedunia pada 10 Oktober depan melalui platform Webex, Facebook Live dan YouTube.Pengarah program, Zuraida Adnan berkata, pemilihan peserta bertuah untuk penginapan dua hari satu malam di Langkawi dan Taiping serta hamper dari Keizai Store ini akan dikendalikan oleh jawatankuasa penganjur nanti. Zuraida menambah, forum bertajuk 'Sayangi Bidadari Syurga' ini dipilih bagi menghargai peranan wanita terutama golongan ibu yang mengendalikan rumah tangga ketika pandemik Covid-19.Katanya, walaupun mereka dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan program ini melalui subjek Perhubungan Awam dibawah pensyarah, Dr Mohamad Noor Salehhuddin Sharipudin, namun dalam masa yang sama tajuk ini perlu diketengahkan memandangkan peningkatan penyakit mental di kalangan wanita."Melalui wacana yang menampilkan Pensyarah dan Pengarah Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Dr Rajwani Md Zain, pastinya peserta dapat mengenal pasti punca masalah penyakit mental dan yang berkaitan terutama ketika mengamalkan gaya hidup dan pemodenan masa kini yang mungkin memberi tekanan kepada kehidupan seseorang individu," ujarnya lagi.Baca juga Inspirasi buat para pelajar, 6 syarikat yang terkenal ini bermula dari garaj Baca juga 8 Aplikasi yang boleh membantu anda menjadi seorang pelukisManakala Pegawai Psikologi Jabatan Penjara Malaysia, Kamunting, Muhammad Rashid Mohd Sidik pula akan bersama-sama panel pertama dan peserta lain dalam membicarakan forum 'Sayangi Bidadari Syurgatarget="_blank"'> (Sabrina) untuk sesi pendaftaran.