1147718
1147718

8 aplikasi yang boleh membantu anda menjadi seorang pelukis

webadmin
02 Aug 2021 09:41pm
A
A
A

Bagi sesetengah orang, melukis boleh dijadikan terapi untuk menghilangkan tekanan.

Jika lukisan yang dihasilkan cantik, ia pastinya akan memberikan mood yang seronok dan menambah aura positif dalam diri.

Namun, usah khuatir jika lukisan tidak seperti orang lain kerana sebenarnya hasil kreatif ini merupakan kemahiran boleh dipelajari.

Justeru jangan bersedih jika anda masih kurang mahir kerana terdapat pelbagai aplikasi-aplikasi yang boleh mengasah minat anda itu.

Kali ini, Sinar Bestari menyenaraikan lapan aplikasi yang terdapat dalam android dan iOS yang boleh membantu anda untuk menjadi seorang pelukis yang bagus.

How to Draw - Easy Lessons

Aplikasi ini memberikan peluang pembelajaran secara teratur, jadi ia amat sesuai untuk mereka yang baru belajar melukis. Terdapat pelbagai kategori yang boleh dipilih seperti kartun, haiwan dan alam semula jadi.

Jika tidak mahu melukis, anda juga boleh memilih mod untuk mewarna sahaja. Setelah berpuas hati dengan karya yang dibuat, anda boleh menyimpannya di peranti serta berkongsi di media sosial!

Learn To Draw Digital Sketchbook by Walter Foster

Dibangunkan oleh Walter Foster iaitu sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman hampir 100 tahun dalam dunia penerbitan buku panduan melukis.

Melalui aplikasi ini, anda boleh belajar bagaimana cara-cara untuk melukis sebuah pemandangan yang indah dan mempersonakan.

Setiap alat lukisan yang terdapat di dalam aplikasi ini juga kelihatan dan berfungsi hampir sama seperti yang berlaku dalam kehidupan nyata.

Sketch a Day: Daily challenges & tutorials

Aplikasi ini bukan hanya memberitahu apa yang harus dilukis, tetapi juga dapat dapat melihat sejauh mana kemajuan anda dalam melukis, melihat hasil orang lain dan melatih diri membiasakan untuk melukis setiap hari.

Bagi yang baru ingin bermula, aplikasi ini turut mempunyai bahagian pembelajaran yang dilengkapi pelbagai panduan dan tutorial yang boleh diikuti.

Drawy. Drawing step by step by Alexey Landyrev

Dalam aplikasi ini, anda dapat melukis langkah demi langkah dan boleh memilih tahap kesukaran yang berbeza, daripada gambar paling mudah hinggalah tahap pakar.

Terdapat lebih daripaa 40 tutorial yang boleh diikuti. Anda juga dapat melihat kemajuan skil melukis anda dengan menggunakan aplikasi ini.

How to draw anime step by step by Smart Room Apps

Melalui aplikasi ini, anda akan dapat belajar melukis gaya anime, yang merupakan ciri utama aplikasi ini.

Anda bakal didedahkan dengan pelbagai cara untuk melukis watak-watak utama anime kegemaran anda serta semua perkara asas dalam lukisan.

WeDraw - How to Draw Anime & Cartoon

Anda hanya perlu menyediakan kertas dan pensel, kemudian pilih gambar yang disukai dan mula melukis mengikut langkah yang diberikan.

Aplikasi ini juga akan membimbing anda untuk melukis watak-watak daripada pelbagai tajuk anime, kartun serta komik popular.

Selain itu, anda juga boleh memilih pelbagai gambar lain seperti haiwan, kereta dan banyak lagi untuk dilukis.

Adobe Photoshop Sketch

Jika sudah pandai melukis, anda boleh menggunakan Adobe Photoshop Sketch.

Aplikasi yang menggabungkan fungsi Adobe Photoshop ini bertujuan untuk memberi kemudahan mudah alih untuk para pelukis bagi mendapatkan hasil yang profesional.

Autodesk Sketchbook

Jika hendak dibandingkan dengan Photoshop, aplikasi Sketchbook ini adalah platform yang dibina khas untuk para pelukis.

Ia tidak bertujuan untuk mengedit foto ataupun menjalankan sebarang tugas lain, jadi aplikasi ini hanya memfokuskan pada apa yang diperlukan untuk melukis dengan mudah.

Artikel berkaitan 

Cara bina teknologi Augmented Reality di bilik darjah, tarik keseronokan murid ketika PdP

Penyelidik UMS bangunkan aplikasi tempahan makanan kantin sekolah

Projek pelajar bina sangkar kitar semula untuk manfaat komuniti


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok