Inovasi mengintergrasikan teknologi Internet of Things (IoT) dalam mengawal proses pembajaan, siraman dan meracun tanaman rock melon menggunakan telefon pintar, telah mengiktiraf kreativiti pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Pertandingan Reka Cipta Inovasi Nasional (PRIN) 2021, baru-baru ini.
Berjaya menewaskan 105 peserta lain yang turut bertanding, projek inovasi yang dikenali sebagai Smart Precision Fertigation System (Sistem Fertigasi Ketepatan Pintar) ini membolehkan ia dikawal sepenuhnya oleh petani menggunakan telefon pintar atau tablet melalui aplikasi e-Prosumer, sambungan secara modul WiFi.
Inovasi tersebut telah dibangunkan oleh pelajar-pelajar universiti itu y
[caption id="attachment_26125" width="300"] Antara pelajar-pelajar USIM yang berjaya mengungguli PRIN 2021.[/caption]
ang terdiri daripada Muhammad Khairuz Zihani Kelana, Hairul Iskandar Hairulnizam, Nur Syuhada Amir, Siti Sarah Nabila Nor Zawawi, Khairul Nabilah Zainul Ariffin, Wan Zakiah Wan Ismail dan Hafizal Mohamad sekali gus berjaya membawa pulang trofi, wang tunai sebanyak RM500 dan e-sijil.
PRIN 2021 dan Hari Matematik yang dianjurkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama GPSBestari sebagai media rasmi diadakan secara maya pada 7 hingga 9 September 2021 di beberapa platform dalam talian seperti di Facebook, Google Meets, Twitter dan YouTube.
PRIN 2021 Menurut Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi UKM,
[caption id="attachment_26124" width="300"] Prof Datuk Ir Dr Abdul Wahab Mohammad[/caption]
, objektif utama PRIN 2021 ialah mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar, ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi (IPT) serta guru di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.
"Saya berharap penganjuran program seumpamanya dapat diteruskan dan ahli akademik akan turut bersama-sama berusaha meningkatkan kualiti dan kecemerlangan sistem pendidikan di negara ini di samping memenuhi keperluan industri dan masyarakat berkaitan reka cipta, inovasi dan juga kepakaran graduan dalam bidang Matematik.
"Pada masa yang sama, saya juga berharap hasil inovasi ini akan mampu pergi lebih jauh dan para peserta dapat mengkomersialkan produk mereka dan tidak berhenti setakat ini sahaja,” ujarnya ketika berucap pada majlis Perasmian Penutup PRIN dan Hari Matematik, secara maya, baru-baru ini.
Hari Matematik 2021 Mendapat sebanyak 230 penyertaan yang terdiri daripada 106 kategori pelajar, 95 kategori pensyarah dan 29 kategori guru, kesemua penyertaan telah dinilai secara dalam talian oleh juri-juri yang dilantik daripada industri.
Dalam pada itu, menurut Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman, inovasi-inovasi hebat ini perlu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang untuk menyaingi peserta di peringkat global.
[caption id="attachment_26123" width="300"] Rozaid Rahman[/caption]
"Penganjuran PRIN 2021 secara dalam talian ini membuktikan tidak ada apa yang dapat menghalang jika kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih kreatif menghasilkan inovasi bahkan sentiasa dapat mengadaptasi dengan norma baharu dan keadaan semasa.
"Dengan ini mereka tidak akan ketinggalan dan sentiasa dapat mengasah kemahiran dalam bidang masing-masing,” katanya.
Sementara itu, pelajar-pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), UKM, mengungguli pertandingan Hari Matematik 2021 apabila menyapu bersih ketiga-tiga kedudukan yang dipertandingkan iaitu emas, perak dan gangsa.
Masing-masing membawa pulang hadiah berupa trofi, wang tunai dan e-sijil. Memperlihatkan kehebatan menghasilkan video-video pengajaran yang interaktif dan kreatif untuk mata pelajaran Matematik, kejayaan kumpulan tersebut dinilai sepenuhnya melalui jumlah like, share dan view yang dimuat naik di media sosial Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, YouTube dan Facebook.
Pertandingan ini diharap dapat mencungkil bakat dan kebolehan mereka untuk digilap ke peringkat seterusnya.
PEMENANG PERTANDINGAN HARI MATEMATIK
Tempat Pertama: MD010 - Control Charts
- Durga Deivi a/p M Krishnan
- Nithyasri a/p Ganesan
- Swaathika a/p Suresh
- Abbithra Devi a/p Shanmugam Pillai
- Suriya Vathi a/p Subramanian
Tempat Kedua: MD053 - Pertandingan Video Kreatif Hari Matematik
- Ahmad Luqman Hakim Mohd Zainuddin
- Edwin Raj a/l Yanegamani
- Nur Zulaikha Mat Kamil
- Muhammad Syazwan Syazwie Shamsuddin
Tempat Ketiga: MD018 - Linear Algebra Terserah
- Muhammad Shafiq Aiman Mat Saad
- Nur Athirah Azmi
- Salihin Salman
PEMENANG UTAMA PRIN 2021
Kategori Pelajar (Universiti Sains Islam Malaysia - Smart Precision Fertigation System)
Muhammad Khairuz Zihani Kelana
Hairul Iskandar Hairulnizam
Nur Syuhada Amir
Siti Sarah Nabila Nor Zawawi
Khairul Nabilah Zainul Ariffin
Wan Zakiah Wan Ismail
Hafizal Mohamad
Kategori Guru (Educagator - Educational Content & Collaboration Aggregator)
- Mohd Razif Abdul Razak (Kolej Melayu Kuala Kangsar)
- Mohd Azhar Md Saad (Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru)
- Muhammad Ihzam Khairi (Sekolah Kebangsaan Trolak Utara)
Kategori Pensyarah (Universiti Malaysia Kelantan - AeroM Gel - Herbal Antiinflammatory Agents for Skin)
- Mardawani Mohamad
- Afnan Azzahra’ Ahmad Kamal
- Rosmawani Mohammad
- Noor Fazliani Shoparwe
- Mohamad Najmi Masri
- Teo Pao Ter