9 aktiviti berkumpulan yang boleh guru dan pelajar cuba sepanjang kelas bersemuka dan PdPR. Mudah dan sangat menarik!

Iklan
Untitled design (6)
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan pengoperasian sekolah 2021 dilanjutkan sehingga Februari 2022, pada Ahad (12 September).Pengumuman dalam sidang media di Putrajaya itu turut memberitahu sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).Bagi pelajar-pelajar yang kekal mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), diharapkan terus bersemangat untuk belajar dan menimba ilmu.Untuk guru-guru pula, anda sememangnya sudah melakukan yang terbaik dan semoga segala apa yang sedang dan bakal dilakukan dalam PdPR, dipermudahkan Allah.Menerusi blog mudah.mengajar.com, ada memuat naik perkongsian mengenai aktiviti berkumpulan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar sepanjang kelas bersemuka dan dalam talian."Sebagai membantu cikgu semua, saya kongsikan sembilan perkara yang boleh dilakukan dan aktiviti-aktiviti ini sangat bersesuaian bagi tempoh antara 20 hingga 30 minit," kata Cikgu Herryan Syah Tupan Surian, pemilik blog tersebut.Ikuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/Mari ikuti perkongsian Cikgu Herryan Syah yang merupakan Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+), Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor, dan pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai, Johor, sebagai pendidik.Semoga bermanfaat.1) Idea BerangkaiBeberapa murid dalam grid, dipetakkan sebagai satu kumpulan. Contohnya enam meja berasingan sebagai satu kumpulan.Ahli pertama menuliskan kenyataan. Kemudian, kenyataan disambung oleh murid kedua dan seterusnya. Jika tiada kenyataan atau ayat baharu, murid lain dalam kumpulan boleh membuat pembetulan atau semakan sahaja. Pilih seorang sebagai ketua kumpulan. Kemudian hasil kerja kumpulan dibacakan oleh ketua kumpulan atau guru.2) Gallery WalkKerja berkumpulan hasil daripada Idea Berangkai ditampal pada dinding. Seorang wakil ahli kumpulan akan keluar untuk membuat lawatan dan membaca serta memberi ulasan kepada hasil perbincangan kumpulan lain.3) Kuiz pertandingan antara kumpulanBuat pertandingan antara kumpulan. Boleh buat kumpulan berdasarkan grid meja seperti yang dinyatakan dalam aktiviti Idea Berangkai.Jika ada enam ahli satu kumpulan, guru boleh bahagikan kepada enam bahagian tajuk. Setiap seorang akan pelajari atau kuasai satu bahagian tajuk. Jadi semua orang ada peranan. (Jika relevan atau praktikal sahaja).4) Quizizz/Kahoot Team ModeJalankan aktiviti pertandingan Quizizz atau Kahoot Team Mode. Setiap kumpulan akan bersaing. Konsep ini sama seperti aktiviti nombor tiga cuma dijalankan secara digital.5) MentimeterDengan menggunakan sebarang peranti, murid boleh menggunakan peranti masing-masing dan kemudiannya layari menti.com dan masukkan kod. Kemudian murid respon kepada soalan guru. Dengan itu, semua idea, komen dan ulasan murid dipaparkan. Murid lain boleh mengajukan pendapat mereka.6) PadletSetiap kumpulan akan memasukkan 'threadtarget="_blank"'>