11 jenis makanan yang mengurangkan kepandaian otak, ini yang dikongsi Guru Cemerlang Sains

Iklan
pexels-photo-7144893
Guru Cemerlang Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah, Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib mengakui pemilihan makanan seseorang individu boleh memberi kesan langsung kepada otak kita.Beliau berkata, ada sesetengah makanan memberi kesan positif kepada individu seperti merangsang tahap kognitif otak dan juga memperbaiki daya ingatan."Manakala ada juga sesetengah makanan yang dapat memberi kesan negatif kepada otak dan pemikiran kita," kata Cikgu Hailmi seperti dipetik menerusi laman blognya.Jom ikuti senarai makanan yang dinyatakan oleh Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017 ini.1) Makanan bergulaPenggunaan berlebihan gula akan memberi kesan kepada masalah saraf dan mengganggu daya ingatan kita. Juga mengganggu kebolehan kita untuk belajar![caption id="attachment_26324" width="400"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]2) AlkoholSelain daripada dapat merosakkan hati, alkohol juga dapat memberi kita ‘brain fog’ yang mana otak tidak dapat berfikir dengan jelas, kecelaruan mental. Otak menjadi tidak seimbang hingga menyebabkan anda menjadi seorang yang sangat pelupa.3) Makanan ringanMakanan ringan atau juga dikenali sebagai jajan dikatakan mengandungi bahan yang boleh mengubah kandungan bahan kimia dalam otak. Penghasilan dopamine atau hormon gembira juga akan terbantut. Ini akan membawa kepada penyakit kemurungan dan kebimbangan.4) Makanan bergorengMakanan bergoreng akan secara perlahan-lahan merosakkan sel saraf yang terletak pada otak. Minyak bunga matahari juga dikatakan adalah minyak yang paling banyak mengandungi toksin.[caption id="attachment_26321" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]5) Makanan prosesMakanan diproses mengandungi kandungan bahan kimia yang sangat tinggi. Bahan ini boleh mengganggu sistem saraf dan akan mempercepatkan proses penuaan otak (Alzheimer).6) Makanan yang sangat masinMakanan masin dengan kandungan yang tinggi dapat mempengaruhi kemahiran kognitif dan juga menyebabkan otak menjadi tidak seimbang. Garam juga menunjukkan ciri-ciri seperti dadah yang boleh menyebabkan ketagihan dan juga kerosakan pada otak.[caption id="attachment_26322" width="400"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]7) BijiranSebahagian jenis bijiran juga dipercayai boleh mengganggu fungsi otak. Pengambilan berterusan bijiran tertentu boleh mengakibatkan ‘brain fog’ dan juga kemerosotan daya ingatan.8) Protein yang diprosesTidak seperti fungsi protein semula jadi, protein yang diproses seperti sosej dan lain-lain memberi kesan yang langsung tidak sama, bahkan bertentangan dengan fungsi protein asal.9) Lemak transLemak trans adalah makanan yang sangat patut dielakkan. Selain daripada menyebabkan masalah kepada jantung, meningkatkan tahap kolestrol dan juga obesiti, lemak trans juga boleh menyebabkan otak menjadi lembap, dan meningkatkan kadar strok!Pengambilan berterusan juga akan menyebabkan otak semakin mengecil, dan meningkatkan risiko Alzheimer.10) Pemanis tiruanPemanis tiruan mengandungi kadar kalori yang lebih rendah berbanding gula, tetapi memberi kesan yang jauh lebih buruk.Penggunaan pemanis tiruan yang berterusan akan mengakibatkan kerosakan pada otak dan mengganggu kemahiran kognitif anda.[caption id="attachment_26323" width="400"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]11) NikotinSekalipun tidak dikategorikan sebagai makanan, namun nikotin sebenarnya sangat menghalang aliran darah ke bahagian organ yang penting.Nikotin menyebabkan penuaan yang lebih cepat, sesak nafas dan risiko kanser paru-paru serta mengecilkan saluran darah kapilari yang kecil dalam otak.Sumber: Blog Cikgu HailmiArtikel berkaitan Cikgu Kimia kongsi 7 tip untuk guru baharu buat – Senang rupanya! Guru Cemerlang kongsi 4 fasa mendidik anak-anak gaya Rasulullah SAW. Ibu bapa mohon hadam5 tip pemakaian guru yang sesuai dipakai ke sekolah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok