14 sekolah SJKC di Pulau Pinang bakal dapat guru besar baharu

Iklan
14 sekolah SJKC di Pulau Pinang bakal dapat guru besar baharu

Iklan
Iklan

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 14 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pulau Pinang bakal mendapat guru besar baharu akhir bulan ini.

Iklan

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perkara itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut sejak 10 bulan  lalu.

Iklan

"Saya dapat makluman bahawa ada 14 SJKC di Pulau Pinang  tiada guru besar. Tindakan segera telah diambil.

"Saya akan pastikan kekosongan  ini diisi supaya pihak sekolah boleh kendalikan perkara-perkara sebagai persiapan untuk sesi 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke SJKC Permatang Tinggi, di sini, semalam.

Menurutnya, amat sukar jika sesuatu sekolah itu tiada guru besar.

"Saya beri jaminan, kekosongan ini akan diisi pada hujung bulan ini,” katanya.