Sarvysswharrann
Sarvysswharrann

Berjaya catat Rekod Dunia Guinness, Sarvysswharrann kebanggaan SJKT Taman Melawati

Adlan Farhan Azwan
12 Sep 2022 12:40pm
A
A
A

Menjadi kebanggan buat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati, apabila murid Tahun Empat, Sarvysswharrann Yogeswaran berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness.

Rekod tersebut diraih apabila dia berjaya mencatat masa terpantas untuk mengemas beg bagi kategori bawah 16 tahun dengan 31.33 saat dan secara tidak langsung menjadi murid pertama di Malaysia yang memegang Rekod Dunia Guinness.

Sarvysswharrann menunjukkan pingat beserta sijil selepas memecah rekod menamakan pesawat paling banyak iaitu 231 pesawat dalam masa enam minit di bawah kategori kanak-kanak lelaki berumur tujuh sehingga sembilan tahun,

Bukan itu sahaja, Sarvysswharrann turut melakar sejarah tersendiri dengan memecahkan empat Rekod Dunia Kanak-Kanak.

Dia berjaya menamakan pesawat paling banyak iaitu 231 pesawat dalam masa enam minit di bawah kategori kanak-kanak lelaki berumur tujuh hingga sembilan tahun.

Minat Sarvysswharrann yang mendalam berkaitan industri penerbangan telah membuatkan murid ini meraih dua pengiktirafan iaitu AirAsia Young Ambassador dan Simflightkl Brand Ambassador.

Penghormatan sebagai duta AirAsia itu menjadikannya duta penerbangan termuda di dunia.

Pengiktirafan ini sekali gus menjadikannya duta termuda di seluruh dunia bagi syarikat penerbangan.

Sehubungan itu, kejayaan yang dilakar oleh Sarvyswharrann telah ditampilkan bagi penyertaan SJKT Taman Melawati untuk Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari.

Sementara itu, Sarvysswharrann turut menjulang nama sekolah menerusi pencapaian dalam bidang inovasi apabila berjaya menggondol satu pingat perak dan dua pingat gangsa bagi Penang International Invention and Design Competition 2021.

Ia diteruskan lagi dengan kejayaan memperoleh satu pingat emas, tiga pingat perak dan enam pingat gangsa bagi International Digital Innovation in Wellness Exhibition (DINOWEX) 2021 anjuran Universiti Malaya (UM).

Secara keseluruhannya, kecemerlangan Sarvysswharran telah membuktikan kemampuan SJKT Taman Melawati dalam melahirkan murid-murid yang berdaya saing dan seterusnya melakar pelbagai kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Artikel berkaitan

Fasiliti dan kemudahan SK Sena berjaya lahirkan murid holistik

Kemahiran digital SK Dato’ Wan Kemara raih pengiktirafan antarabangsa

Kejayaan di peringkat antarabangsa, bukti kecemerlangan Sekolah Seri Puteri dalam bidang STEM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan