bola jaring cikgu zamila
bola jaring cikgu zamila

Bimbingan Cikgu Zamila raih kejayaan kokurikulum SK Kuala Berang

Adlan Farhan Azwan
25 Jul 2022 03:30pm
A
A
A

Unit beruniform Pandu Puteri di bawah bimbingan Cikgu Zamila Mohd berjaya membawa nama Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Berang, Kuala Berang, Terengganu ke peringkat kebangsaan.

Beliau selaku Pesuruhjaya Tunas telah dianugerahkan Pingat Jasa Lama Lima Tahun daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia kerana telah berkhidmat dan berjasa dalam pembangunan badan unit beruniform itu.

Selain badan beruniform, Cikgu Zamila juga aktif dalam sukan bola jaring sehingga mencipta kejayaan antaranya memenangi Karnival Bola Jaring anjuran Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Negeri Terengganu 2022 dan sering kali diberi penghormatan untuk menjadi pengadil sukan itu di peringkat daerah.

Kecemerlangan Cikgu Zamila diteruskan lagi dengan penglibatan beliau sebagai jurulatih Pasukan Bola Jaring SK Kuala Berang dan menjadi Naib Johan bagi Zon KDSR 2 dan tempat ketiga bagi Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Terengganu.

Hasilnya, beliau berjaya dianugerahkan Guru Ikon Kokurikulum dan Sukan Peringkat Daerah Hulu Terengganu Tahun 2021.

Dalam pada itu, penyertaan SK Kuala Berang dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) menyaksikan Cikgu Wan Nur Amira Wan Jantan berperanan dalam pembangunan murid-murid dari aspek inovasi.

Beliau telah dilantik menjadi guru pembimbing dalam Pertandingan National Tinkering Challenge 2021 dan Drone Edu Challenge 2021 serta menjadi Juara bagi kedua-kedua pertandingan tersebut.

Bukan itu sahaja, Cikgu Wan Nur Amira juga berjaya melakar beberapa kejayaan yang lain antaranya

1. Anugerah Guru Inovatif (Berkumpulan) Peringkat Daerah Hulu Terengganu Tahun 2021 dan 2022.

2. Anugerah Guru Ikon (Guru Inovasi PdP) Peringkat Daerah Hulu Terengganu Tahun 2021.

3. Anugerah Khas Pendidikan (Inovasi Pendidikan) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2021.

4. Anugerah Guru Pencipta Kandungan Digital Daerah Hulu Terengganu Tahun 2021.

5. Anugerah Gangsa bagi International Digital Innovation and Invention Challenge 2021.

Artikel berkaitan

Nilai 3K jadi panduan SK Felda Pasir Besar tingkatkan prestasi murid

Galakan dan sokongan berterusan kepada pelajar, faktor kejayaan kokurikulum SMK Tengku Idris Shah

Manfaat kecanggihan teknologi dan kemenjadian murid, SMK Kampong Jawa raih kejayaan di pelbagai peringkat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan