sk tambun tulang
sk tambun tulang

Buta sebelah mata, sumbangan guru OKU ini, tunjang kejayaan SK Tambun Tulang

Rasyidah Zulkifi
25 Aug 2022 05:49pm
A
A
A

Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), bukanlah alasan bagi guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun Tulang, Arau, Perlis untuk terus mencurahkan bakti mendidik anak murid, malah merupakan tunjang kejayaan sekolah ini.

Demikianlah gambaran pada Cikgu Zatusy Syamam Naim yang menjalankan tugas sepenuh jiwa dan seikhlas hati sehingga dinobatkan banyak penganugerahan luar biasa sepanjang perkhidmatannya di SK Tambun Tulang.

Beliau yang buta sebelah mata dan mengalami cacat penglihatan pada sebelah lagi merupakan pemenang RM1,000 dalam program Minggu Baik Hati anjuran The Star, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan SP Setia tiga tahun berturut-turut.

Mewakili suara murid-murid berkeperluan khas daripada dibuli, dengan kuasa sebagai seorang guru, Zatusy sedaya upaya menguatkan semangat dan mengutamakan keperluan golongan ini.

Salah satu caranya adalah dengan menjadi contoh seorang OKU yang berkeyakinan tinggi dalam membina saluran pendidikan di platform YouTube sehingga dinobatkan johan bagi kategori guru dalam #09EduYouTubersChallenge2020.

Pada masa sama turut mendapat Anugerah Duta Negeri Perlis 2020 dan 2021 dan merupakan Ikon Guru Pencegahan Pendidikan Dadah Negeri Perlis 2021.

Tenaga pengajar serba boleh ini turut diberikan kepercayaan oleh pengurusan SK Tambun Tulang untuk menjadi hos dalam ‘Let’s Talk Programme with Perlis FM’.

Oleh itu, tidak hairanlah jika SK Tambun Tualang merekodkan pencapaian dan kejayaan Cikgu Zatusy untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari.

Artikel berkaitan

Unit beruniform tunjang kejayaan SMK Taman Maluri dalam bidang kokurikulum

20 pelajar asnaf terharu terima sumbangan

Pensyarah juga ibu 7 anak, buta sebelah mata raih PhD


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan