pertandingan-kha-kaligrafi
pertandingan-kha-kaligrafi

Kelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSB

Adlan Farhan Azwan
08 Jul 2022 04:51pm
A
A
A

Kelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia menjadi salah satu faktor Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 13, Shah Alam, Selangor menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB).

Dengan penyertaan di bawah kategori Sekolah Rendah - Bandar, sekolah ini mempunyai seramai 1,437 orang pelajar, 88 orang guru dan sembilan orang kakitangan.

Kelab tersebut yang dikendalikan oleh Cikgu Ong Bee Bee selaku presidennya telah dilancarkan pada 2019 dan mempunyai kira-kira 100 ahli berumur dari 10 hingga 12 tahun.

Sejak penubuhannya, setiap tahun ahli kelab akan diberi peluang untuk diterbangkan ke Korea Selatan bagi menyertai program pertukaran pelajar.

Namun, akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak dua tahun lalu, ia memaksa program tersebut dilaksanakan secara atas talian.

Pada 2021, kelab AFS Antarabudaya Malaysia Junior Club meneruskan visi dan misinya melalui kerjasama dengan tujuh sekolah di enam negara iaitu Turkiye, Serbia, Indonesia, Korea Selatan, India dan Rusia yang membincangkan pelbagai topik antaranya seni, geografi, sejarah, perayaan, teknologi dan sains.

Murid-murid dibawa meneroka keindahan negara luar secara atas talian.

Melihat dengan lebih dekat penyertaan ini, sekolah berkenaan juga tidak terlepas untuk mengadakan pelbagai pertandingan bagi mengasah kemahiran murid-murid antaranya, pertandingan Kaligrafi Khat dan Tamil yang melibatkan peserta dalam dan luar negara.

Selain itu, turut diadakan ialah bengkel dan pertandingan Kaligrafi Cina sempena International Friendship and Cultural Camp Virtual Exchange (IFCC) ke-11 pada 2022.

Murid-murid yang menyertai pertandingan kaligrafi tamil dan khat.

Penglibatan serta kejayaan yang dicapai sekolah ini telah membuktikan kebolehan untuk bersaing dengan sekolah-sekolah yang lain bagi melakar kejayaan sebagai pemenang ASSSB.

Artikel berkaitan

Guru dan murid SK Kampung Baharu, Jerantut, berganding bahu menyertai ASSSB

Hadiah RM50,000 untuk sekolah, 19 soalan lazim pertandingan ASSSB guru perlu tahu

Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari, hargai inisiatif seluruh warga sekolah capai pelbagai kecemerlangan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan