turkiye
turkiye

SJKC Thai Kwang bolot 6 emas, di pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa

Rasyidah Zulkifi
21 Jul 2022 12:30pm
A
A
A

Biarpun situasi Covid-19 memburuk pada 2021, namun ia tidak menghalang penyertaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thai Kwang dalam pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa sekali gus merangkul enam pingat emas.

Antaranya, International Innovation, Design and Startup Competition 2021 (1I1W 2021) di Instanbul, Turkiye; European Exhibition of Creativity and Innovation 2021 (Euroinvent 2021) di Romania; Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition 2021 (IPITEx 2021) di Thailand; Japan Design & Invention Expo 2021 (JDIE 2021) di Jepun; World Invention Creativity Olympic 2021 (WICO 2021) di Korea dan International Innovation and Trade Expo 2021 (ITE 2021) di United Kingdom.

Namun begitu, kejayaan sekolah yang terletak di Sibu, Sarawak ini sukar untuk direalisasikan tanpa kerjasama erat antara guru-guru dan semua murid.

Justeru, tidak hairanlah jika Cikgu Siao Chin Tze mendapat Anugerah Guru Ikon Daerah Sibu 2022, Anugerah Usaha Cemerlang Guru Kokurikulum/ Sukan Daerah Sibu 2022 dan Anugerah Usaha Cemerlang Guru Kokurikulum/ Sukan Daerah Sibu 2021.

Manakala, Cikgu Chieng Ley Fong pula mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021, selain Anugerah Usaha Cemerlang Guru Kokurikulum/ Sukan Daerah Sibu 2022 dan Anugerah Usaha Cemerlang Guru Kokurikulum/ Sukan Daerah Sibu 2021.

Pertandingan inovasi yang berlangsung di Turkiye memberikan peluang kepada murid sekolah rendah untuk menjadi lebih kreatif.

Sementara itu, murid-murid yang meraih pingat emas adalah Jaydn Kong Qiao Yii (Junior Innovate 2021 - Peringkat Kebangsaan), Kayren Kiung Zi Xin (Asmo Science Olympiad National Round) dan Chloe Cheng Xiao Ci (European Exhibition of Creativity and Innovation 2021).

Untuk program yang dijayakan SJKC Thai Kwang termasuk, SEBEHIBUR, SEBEHIBUR 2.0, Active 10 dan Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula Bersama Ibu Bapa.

Teknologi yang digunakan semasa pandemik pula adalah YouTube, Visualiser, Google Classroom, Zoom, Telegram, Wechat, Drawing Pad dan Kahoot.

Kesimpulannya, penyertaan SJKC Thai Kwang dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sekolah Sinar Bestari adalah merangkumi kelima-lima aspek yang diketengahkan.

Artikel berkaitan

Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid 

Nilai 3K jadi panduan SK Felda Pasir Besar tingkatkan prestasi murid 

Prinsip 5P terbukti dalam kemenjadian murid di SJKC Chung Hua 5

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan