275926876_10219585766455457_134277594556527246_n
275926876_10219585766455457_134277594556527246_n

Kecekapan sistem pengurusan SK Puchong Jaya 2, usaha ke arah kemenjadian murid

Adlan Farhan Azwan
06 Sep 2022 09:11am
A
A
A

Pengurusan sekolah merupakan aspek yang penting untuk mengendalikan sesebuah sekolah dengan berkesan dan sistematik dalam menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik murid-murid.

Itulah fokus utama Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Jaya 2, Puchong, Selangor yang berjaya membangunkan sebuah sistem pengurusan sekolah secara dalam talian.

Bagi pengurusan kurikulum, ia meliputi lima aspek iaitu perekodan pengurusan peperiksaan, perekodan Tahap Penguasaan (TP) murid, analisis markah peperiksaan, penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan perekodan Nilam.

Setiap guru dan juga pentadbir akan diberi tanggungjawab untuk melakukan pengisian mengikut bidang masing-masing.

Melihat pada pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) pula, ia terdiri daripada perekodan sistem sahsiah diri murid, perekodan tingkah laku positif murid dan analisis kehadiran murid mingguan.

Ini adalah sebahagian daripada langkah SK Puchong Jaya 2 untuk memantau perkembangan sahsiah murid-murid dan seterusnya meningkatkan lagi usaha-usaha untuk menyumbang kepada kemenjadian murid.

Pengurusan kokurikulum turut diberikan keutamaan dengan memperincikan pengisian data kokurikulum menerusi papan markah (score board).

Semua sistem pengurusan ini merupakan hasil dedikasi Cikgu Kamalakannan Letchmanan supaya guru-guru lain dapat melakukan capaian sumber maklumat dan perekodan data dengan mudah

Dalam pada itu, turut dibangunkan ialah pengurusan ketidakhadiran murid dalam talian bagi mengatasi masalah murid tidak hadir dan tidak mengemukakan surat daripada ibu bapa.

Ternyata, pengurusan sistem SK Puchong Jaya 2 memberi cerminan sekolah ini amat menitikberatkan kebajikan seiring dengan pencapaian murid-murid.

Artikel berkaitan

Pembudayaan inovasi sumbang ke arah kecemerlangan SMK Bagan Terap

Sistem pengurusan sekolah yang teratur, faktor kejayaan SK Sungai Rasau

Program Khas Kebitaraan SK Gong Nangka, usaha ke arah kemenjadian murid


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan