simulator pesawat
simulator pesawat

Program Khas Kebitaraan SK Gong Nangka, usaha ke arah kemenjadian murid

Adlan Farhan Azwan
25 Jul 2022 11:49am
A
A
A

Dalam usaha meningkatkan tahap kemenjadian murid, Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Nangka, Marang, Terengganu telah melaksanakan Program Khas Kebitaraan yang terbahagi kepada empat kluster iaitu Bahasa dan Kemanusiaan, Sains, Seni Budaya serta Sukan.

Dalam setiap kluster, terdapat inisiatif yang tersendiri bagi menyuntik semangat murid-murid untuk terus kekal berdaya saing mengikut minat masing-masing.

Salah satu keunikan yang ada pada Program Khas Kebitaraan ialah penubuhan Kelab Aeronautik di bawah Kluster Sains.

Ia merupakan satu-satunya kelab berasaskan ilmu penerbangan yang ditubuhkan di sekolah rendah dan telah berjaya mendapat tarikan pelawat dari dalam dan luar negara.

Murid-murid boleh memanfaatkan simulasi pesawat. Kredit foto: Sinar Harian

Kelab Aeronautik ini mempunyai dua buah simulasi penerbangan yang dibina sendiri hasil kepakaran dalaman secara ‘Do It Yourself’ (DIY) menggunakan barangan terpakai secara kreatif.

Melihat penyertaan SK Gong Nangka dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), sekolah yang terletak lebih kurang 25 kilometer (km) dari Bandar Kuala Terengganu ini juga mempunyai studio televisyen (TV) yang diberi nama Studio TV Gonang.

Barisan ahli Tv Gong Nangka yang terdiri daripada murid-murid serta guru sebagai pebimbing.

Di dalam studio ini, ia menempatkan kemudahan seperti sudut temu bual, teleprompter, skrin hijau, sistem audio visual lengkap untuk siaran langsung dan konti radio.

Ahli-ahli Kelab TV Gonang diberi pendedahan dengan ilmu kemahiran penyiaran dan berpeluang merasai pengalaman menjadi kru produksi di dalam studio.

Dalam masa yang sama, studio ini juga digunakan untuk aktiviti pembelajaran, rakaman program, fotografi serta ruang mengasah bakat dan personaliti murid selari dengan pembelajaran abad ke-21.

Bagi kluster Seni dan Budaya pula, SK Gong Nangka mempunyai dua Pasukan Pemain Muzik Gamelan Tradisional Terengganu iaitu Gonang Sari.

Ahli pasukan Gonang Sari telah berjaya menguasai enam lagu gamelan asli Terengganu dan merupakan salah satu pasukan yang aktif di sekolah rendah negeri itu hasil bimbingan Cikgu Noriha Muda dan Cikgu Norliza Alias.

Secara keseluruhannya, keunikan yang ada pada SK Gong Nangka telah menyumbang kepada kemenjadian murid dan seterusnya melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi.

Artikel berkaitan

Pelbagai jalinan kerjasama dengan pihak luar, dorong SK Seri Biram sertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB)

Program Sekolah Lestari SK LKTP Felda Ulu Penggeli didik nilai prihatin terhadap alam sekitar

Pembelajaran kondusif matlamat SMK Kajang Utama, sentiasa pacu kecemerlangan pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan