cikgu ezrul
cikgu ezrul

Pembudayaan inovasi sumbang ke arah kecemerlangan SMK Bagan Terap

Adlan Farhan Azwan
05 Sep 2022 09:07am
A
A
A

Pembudayaan aspek inovasi dalam sistem pembelajaran penting kerana ia menyumbang

kepada modal insan yang berdaya saing serta dapat meningkatkan pencapaian sekolah.

Itulah yang diterapkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor menerusi gurunya, Cikgu Norafiza Razilah yang berjaya menerima Anugerah Emas bagi International Digital Innovation and Invention Challenge (IDIIC) 2021.

Cikgu Norafiza ketika penerimaan Anugerah Ikon Guru STEM 2022 Peringkat PPD Sabak Bernam.

Kejayaan tersebut merupakan hasil inovasi Bio Piatto iaitu alternatif pinggan menggunakan sisa batang pisang dan daun pisang kering yang mudah didapati terutama di sekitar Daerah Sabak Bernam.

Pinggan ini dilapisi dengan lapisan lilin lebah yang selamat untuk menjadikannya bersifat kalis air.

Hasil inovasi ini adalah bagi mengatasi isu pinggan pakai buang diperbuat daripada plastik dan kertas yang menyumbang kepada isu kesihatan dan alam sekitar di samping dapat membantu menjana ekonomi pekebun kecil.

Ia sekali gus menjadi kejayaan utama yang ditampilkan dalam penyertaan SMK Bagan Terap untuk Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Dalam pada itu, kecemerlangan sekolah ini dalam aspek inovasi diteruskan lagi oleh Cikgu Ezrul Helmi Muhamad Rizal yang memenangi Anugerah Guru Inovatif Individu Sekolah Menengah 2022 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam.

Cikgu Ezrul menerima Anugerah Guru Inovatif Individu Sekolah Menengah 2022 Peringkat PPD Sabak Bernam.

Secara keseluruhannya, pendekatan inovasi di peringkat sekolah mampu memberi kesan positif dalam kalangan pelajar dan seterusnya melahirkan lebih ramai individu yang berdaya saing pada masa akan datang.

Artikel berkaitan

SK Bandar Anggerik miliki guru cemerlang, murid aktif dalam akademik dan kokurikulum

Projek Laman Hijau SMK Taman Desa, inisiatif guru pupuk tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar

Inovasi LKiZy, hasil cetusan idea guru SM Teknik Tuanku Jaafar bantu memudahkan pelajar  Lukisan Kejuruteraan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan