sk tunku mahmood 2
sk tunku mahmood 2

Kecemerlangan disiplin dan sahsiah diri, kunci utama kejayaan SK Tunku Mahmood 2

Adlan Farhan Azwan
25 Jul 2022 09:40am
A
A
A

Bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dan berilmu, tahap disiplin dan sahsiah diri memainkan peranan utama dalam kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Mahmood 2, Kluang, Johor.

Ia dibuktikan menerusi beberapa kejayaan sekolah ini yang telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pengurusan Terbaik Pembangunan Sahsiah Murid di peringkat Negeri Johor dan peringkat kebangsaan pada tahun 2021.

Sekolah ini juga memberikan keutamaan dalam memerangi penyalahgunaan dadah oleh murid-murid apabila menerima beberapa kejayaan seperti Anugerah Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Terbaik Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 dan Johan bagi Pengurusan Laluan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Terbaik di bawah kategori Sekolah Rendah.

Majlis Apresiasi Penerima Hadiah Kemenangan Pencapaian Sempena Karnival Hal Ehwal Murid Negeri Johor.

Selain itu, kecemerlangan SK Tunku Mahmood 2 diteruskan lagi dengan beberapa pencapaian membanggakan daripada dua guru iaitu Cikgu Nur Hidayah Md Noh dan Cikgu Teh Hamizah Shazana Abdul Hamid.

Kedua-dua orang guru ini merupakan tulang belakang kepada kejayaan sekolah dalam usaha meningkatkan tahap kemenjadian murid.

Cikgu Nur Hidayah yang turut menyandang jawatan sebagai guru kaunseling di sekolah itu telah berjaya menerima Anugerah Ikon Guru untuk Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2021 dan Anugerah Ikon Guru Kaunseling Peringkat Daerah 2022.

Dalam pada itu, Cikgu Teh Hamizah selaku Guru Bahasa Inggeris pernah menerima anugerah Guru Ikon Disiplin Daerah Kluang 2021 dan menjadi Johan Pertandingan Pengurusan dan Amalan Disiplin Terbaik Sekolah Rendah 2021.

Ini ternyata, disiplin dan pembentukan sahsiah murid menjadi keutamaan untuk mencapai kejayaan dalam akademik dan kokurikulum.

Artikel berkatian

Kecemerlangan murid SK Pendidikan Khas Miri cerminan penglibatan aktif ibu bapa dan komuniti

Pencapaian SK Nanga Pakan dalam aliran agama membanggakan!

SJKC Thai Kwang bolot 6 emas, di pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan