2015-08-13
2015-08-13

Kecemerlangan murid SK Pendidikan Khas Miri cerminan penglibatan aktif ibu bapa dan komuniti

Adlan Farhan Azwan
21 Jul 2022 01:58pm
A
A
A

Penglibatan 100 peratus secara sukarelawan di bawah inisiatif #62: Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Dalam Pendidikan (PIBKS) - KPS 2 menjadi salah satu faktor kecemerlangan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas, Miri, Sarawak.

Sekolah ini yang bermula dengan sebuah kelas integrasi pendengaran dan kini menyediakan peluang pembelajaran kepada murid-murid Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) dan masalah penglihatan telah berjaya untuk berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah harian yang lain.

Ia dibuktikan menerusi beberapa kejayaan seperti:

1. Naib Johan bagi Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (Kurang Upaya Pendengaran) Peringkat Kebangsaan.

2. Johan keseluruhan bagi Pertandingan Malaysia Information Technology Challenge For Youth With Disabilities Peringkat Negeri Sarawak dan Kebangsaan.

3. Berjaya mencapai sasaran KPI penggunaan VLE Frog.

4. Berjaya mencapai KPI Bilangan Amali Sains Di Bawah Pembudayaan Amali Sains Sarawak 2022.

Penyertaan sekolah ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sekolah Sinar Bestari juga menyaksikan penyertaan aktif di beberapa persidangan yang diadakan secara dalam talian antaranya e-Kolokium Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2020 dan Virtual STEAM Playground 2021.

Kecemerlangan tersebut diteruskan lagi dengan pencapaian oleh Cikgu Bong Yien Chiew yang banyak berjasa kepada sistem pendidikan khas di sekolah.

Beliau sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan diri yang akan dimanfaatkan oleh murid-muridnya di SK Pendidikan Khas, Miri antaranya berjaya menamatkan Kursus Responding to Educational Needs of Learners with Disabilities in Emergencies dan menjadi penceramah Bengkel Bahasa Isyarat Anjuran PDK Batu Niah.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19 melanda, sekolah ini juga memanfaatkan penggunaan teknologi dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid dan juga masyarakat dengan memuat naik perkongsian murid dan Bahasa Isyarat Komunikasi ‘1 Tajuk 1 Minggu’ di laman Facebook rasmi sekolah.

Artikel berkaitan

Nilai 3K jadi panduan SK Felda Pasir Besar tingkatkan prestasi murid

Guru dan murid SK Kampung Baharu, Jerantut, berganding bahu menyertai ASSSB

Kerjasama guru dan murid SK Mukah berjaya raih pelbagai kejayaan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan