5 kunci kejayaan buat guru di Malaysia capai impian
5 kunci kejayaan buat guru di Malaysia capai impian

5 kunci kejayaan buat guru di Malaysia capai impian

Roshlawaty Md Raieh
09 Jun 2022 10:30pm
A
A
A

Mencapai kejayaan dalam kerjaya sememangnya bukan perkara mudah. Ia perlu bermula dari bawah dan harus melalui pelbagai peringkat dan cabaran sebelum berjaya.

Begitu juga kerjaya dalam bidang pendidikan. Seorang guru itu harus bermula sebagai guru akademik sebelum dipilih untuk memegang jawatan tertinggi di sekolah.

Pada artikel kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi sedikit kunci kejayaan buat guru-guru dalam mencapai apa yang mereka idamkan sepanjang bergelar cikgu.

Dengan lima kunci kejayaan ini, diharapkan ia dapat membantu cikgu-cikgu meraih apa yang dimahukan selama ini.

1) Kekalkan originaliti anda

Kebanyakan sekolah mahukan keunikan personaliti dan kekuatan tersendiri seorang guru bagi membantu mereka bersama-sama mengajar pelajar. Jika anda seorang guru yang 'quirky' dan kelakar, masukkan elemen ini dalam pengajaran dan pembelajaran anda. 'Be yourself!'

2) Jadi inovatif

Bagi yang baru menjadi guru, mungkin akan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Kemudian, pastikan anda sentiasa menyerap segala pengetahuan, idea dan pengalaman daripada sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) setiap hari.

Jangan gusar untuk bereksperimentasi tatkala mengajar. Mungkin cikgu-cikgu perlukan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti yang besar dan ia boleh dilakukan bermula dari kelas masing-masing.

3) Kerjasama

Ini amat penting untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan sekolah. Pastikan cikgu-cikgu memberi komitmen 100 peratus terhadap sekolah terutamanya jika anda guru muda dan baru. Jangan banyak memberi alasan dan juga curi tulang! Ia tidak membantu karier anda sama sekali.

4) Berdedikasi

Sentiasa berdedikasi dalam mengajar memandangkan anda memilih untuk menjadi guru pada awalnya.

Jika ini bukan kerjaya pilihan, belajarlah untuk menyukainya. Apabila guru-guru sudah suka, dedikasi itu lebih mudah untuk datang dan anda akan lebih bersemangat dan gembira dalam menjalankan tugas.

5) Berseronoklah!

Kesemua di atas sudah pasti diperlukan sepanjang bergelar guru dan yang paling utama adalah nikmati dan berseronoklah sebagai seorang pendidik.

Kadang kala, ia mungkin menyakitkan hati dan juga memberi tekanan tetapi itu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup.

Jadilah diri anda sendiri, bekerjasamalah dengan rakan guru lain, sayangkan kerjaya dan seterusnya bergembiralah!

Artikel berkaitan 

Panduan menghasilkan minit mesyuarat yang tepat dan lengkap

5 tip pemakaian guru yang sesuai dipakai ke sekolah

Jurulatih Lili Murnni kongsi tip jadi atlet bola jaring berjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok