maia-ong
maia-ong

Kecemerlangan SMK Bandar Utama Damansara 3 berjaya lahirkan atlet bertaraf dunia

Adlan Farhan Azwan
06 Sep 2022 06:27pm
A
A
A

Kejayaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama Damansara 3, Petaling Jaya, Selangor, Maia Ong sebagai seorang atlet bertaraf dunia telah membuktikan kecemerlangan kokurikulum sekolah itu.

Dia yang baru berusia 16 tahun telah melakar pelbagai kejayaan dalam acara gimnastik dan yang paling membanggakan, mewakili negara sehingga ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.

Salah satu acara gimnastik yang disertai oleh Maia Ong.

Maia berjaya membawa pulang pingat emas menerusi acara keseluruhan berkumpulan bersama gandingan rakan senegara, Shak Yuki, Ng Jia Wen, Jingle Shak Qi dan Yap Yi Tung setelah mengumpul keseluruhan 49.200 mata.

Maia Ong bergambar selepas memenangi pingat emas.

Ia sekali gus menjadi tumpuan utama bagi penyertaan SMK Bandar Utama Damansara 3 dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, Lee Chun Hau turut mengharumkan nama sekolah menerusi pencapaiannya dalam sukan bola tampar.

Sepanjang tahun lalu, dia telah melibatkan diri dengan pelbagai pertandingan dan program sukan yang diadakan secara dalam talian

Antaranya Pertandingan Kemahiran Sukan Bola Tampar Lelaki B18 Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Petaling Utama dan Program Kecergasan 1 Murid 1 Sukan Secara dalam Talian Peringkat Negeri Selangor.

Dalam pada itu, tidak lupa juga kepada Koh Pao Yee yang berjaya memenangi pingat emas bagi penampilan pertamanya dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Petaling Utama.

Ketiga-tiga pelajar SMK Bandar Utama Damansara 3 ini telah memberi cerminan terhadap keupayaan pihak sekolah dalam menggilap bakat pelajar dan seterusnya merealisasikan harapan mereka untuk bertanding di peringkat yang tertinggi.

Artikel berkaitan

Keseimbangan pencapaian akademik dan kokurikulum, tunjang utama kecemerlangan SMK Jalan Tiga

Sukan ragbi serlah bakat murid-murid SK Bandar Tun Hussein Onn (2)

Unit beruniform tunjang kejayaan SMK Taman Maluri dalam bidang kokurikulum


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan