smk jalan tiga-paris world game 2022
smk jalan tiga-paris world game 2022

Keseimbangan pencapaian akademik dan kokurikulum, tunjang utama kecemerlangan SMK Jalan Tiga

Adlan Farhan Azwan
05 Sep 2022 01:28pm
A
A
A

Kejayaan seorang pelajar bukanlah melalui pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya nilai sebenar kecemerlangan pelajar berkait rapat dengan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum.

Itulah yang diamalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, Selangor apabila berjaya meraih pelbagai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Bagi kejayaan dalam bidang akademik, ia dibuktikan menerusi penerimaan Anugerah Layak Menerima Sijil (LMS) Meningkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Peringkat Daerah Hulu Langat 2021.

Kejayaan SMK Jalan Tiga dalam aspek kokurikulum pula hadir menerusi pelajarnya, Anas Zulqarnain Nizam yang berjaya dinobatkan Naib Johan Pertandingan Kemahiran Sukan.

Ragbi Secara Dalam Talian Peringkat Negeri Selangor dan Daerah Hulu Langat 2021.

Dia juga mengungguli Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Langat 2021 dengan beberapa kejayaan antaranya Johan bagi acara 400 meter (m) dan 4X100 m, Naib Johan bagi acara 250 m dan 4X400 m.

Hasil sumbangan pelajar ini dalam sukan ragbi dan olahraga telah melayakkannya untuk menerima Anugerah Pencapaian Terbaik Sukan dan Permain Peringkat Sekolah 2021.

Secara tidak langsung, kejayaan tersebut telah menyuntik semangat Anas Zulqarnain untuk melakukan yang terbaik di Paris World Game 2022 Bawah 15 Tahun Peringkat Antarabangsa sehingga berjaya menjadi Johan.

Barisan pemain sertapengiring ketika berada di Paris, Perancis.

Tidak ketinggalan, Muhamad Adam Danish Abdul Aziz yang turut mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan Naib Johan untuk Engineering Online-Challenge Tahun 2021 (Saringan Akhir) di Peringkat Negeri Selangor.

Justeru, diharapkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum SMK Jalan Tiga dapat diteruskan lagi bagi melahirkan pelajar berdaya saing dan berani mendepani segala cabaran pada masa akan datang.

Artikel berkaitan

SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur cemerlang dalam akademik, sukan dan kokurikulum

Cikgu Abas harum nama SK Danau Kota 2 dalam bidang sukan

Buta sebelah mata, sumbangan guru OKU ini, tunjang kejayaan SK Tambun Tulang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan