sk-telok-pulai
sk-telok-pulai

Kelab Doktor Muda SK Telok Pulai galakkan tabiat sihat dalam kalangan murid-murid

Adlan Farhan Azwan
05 Sep 2022 05:16pm
A
A
A

Penubuhan Kelab Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Pulai, Klang, Selangor berjaya menerapkan amalan sihat dalam kalangan murid-muridnya.

Murid-murid yang memenuhi kriteria Doktor Muda akan dipilih menjadi pembimbing kepada rakan-rakan di sekolah.

Penerimaan sijil sempena 10 Tahun Penubuhan Kelab Doktor Muda.

Mereka diberi tanggungjawab untuk menjadi pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif kepada murid-murid lain.

Kelab Doktor Muda yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu telah dilaksanakan menerusi pelbagai kaedah antaranya membantu mewujudkan persekitaran sekolah bersih, sihat dan selamat serta membantu anggota kesihatan dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.

Aksi yang dipamerkan Aqil Raghib ketika perlawanan ragbi.

Semua usaha ini adalah sebahagian daripada matlamat Kelab Doktor Muda iaitu membentuk tabiat sihat dalam kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kelab ini menjadi kebanggaan buat SK Telok Pulai dalam penyertaan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Dalam pada itu, turut menjadi kebanggan sekolah ialah salah seorang muridnya, Aqil Raghib Azrizal yang cemerlang dalam aspek kokurikulum.

Penglibatan aktif pelajar ini dalam unit beruniform, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) berjaya membuahkan hasil apabila dinobatkan Naib Johan bagi Pertandingan Kecergasan Diri TKRS Putera di bawah kategori berpasukan.

Aqil Raghib turut melakar beberapa kejayaan dalam sukan ragbi bersama pasukannya yang antaranya menjadi Johan Pertandingan Sukan Kemahiran Ragbi Secara Dalam Talian Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Klang 2021 bagi kategori Lelaki Bawah 12 Tahun.

Sememangnya pencapaian yang diraih SK Telok Pulai amat membanggakan dan diharap dapat menyuntik semangat murid-murid lain untuk menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah.

Artikel berkaitan

Pembudayaan digital dan inovasi dalam kurikulum, kokurikulum SMPK Vokasional Indahpura

Transformasi Digital SK Bukit Rimau, tingkatkan produktiviti dan kemahiran penggunaan teknologi

Kecemerlangan disiplin dan sahsiah diri, kunci utama kejayaan SK Tunku Mahmood 2


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan