HomeAnugerah Sekolah S.M.A.R.TKelengkapan pembelajaran digital SJKC Yuk Choi bantu murid-murid sepanjang PdPR

Kelengkapan pembelajaran digital SJKC Yuk Choi bantu murid-murid sepanjang PdPR

Kelengkapan pembelajaran digital di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Choi, Sandakan, Sabah telah berjaya membantu murid-muridnya untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan.

Sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), sekolah ini telah menggunakan pelbagai peralatan dan peranti yang diperlukan seperti kamera digital, lampu studio, ‘lavalier microphone’, gimbal untuk kamera dan telefon pintar.

Kelengkapan peranti akan digunakan untuk tujuan PdPR.

Sekolah ini juga menggunakan laman sesawang seperti Streamyard dan Melon untuk memastikan kelancaran semasa bersiaran langsung.

Ini bagi memastikan video atau siaran langsung yang dihasilkan untuk tujuan penyampaian pembelajaran dapat ditonton oleh murid-murid dalam kualiti yang baik.

Selain itu, pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan menerusi laman Facebook rasmi SJKC Yuk Choi yang turut memberi manfaat kepada murid-murid sekolah dari daerah, kawasan atau negeri lain.

Antaranya ialah Pesta Ang Pau 2021 yang membuka peluang kepada murid-murid untuk mengetengahkan bakat mereka menerusi persembahan kebudayaan.

Pesta Ang Pau 2021 dilaksanakan secara siaran langsung di laman rasmi Facebook SJKC Yuk Choi Sandakan.

Program yang dijalankan ini juga merupakan hasil kerjasama agensi dan kumpulan profesional untuk menjelaskan tentang kebudayaan dan adat resam yang berkaitan dengan Tahun Baharu Cina.

Di samping itu, SJKC Yuk Choi juga telah mengadakan siri program ‘Let’s Travel’ dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) yang bertujuan membawa murid-murid serta ibu bapa ke lokasi tertentu untuk melancong secara dalam talian.

Artikel berkaitan

Pembelajaran digital SK Pauh bantu murid-murid cipta kejayaan di peringkat kebangsaan

SK Desa Amanpuri usaha tingkat keceriaan sekolah, maju teknologi dalam PdP 

Bimbingan guru ICT SMK Kuala Perlis pupuk bakat pelajar dalam bidang inovasi


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok