Picture4
Picture4

Keprihatinan SK Pos Dipang menghulurkan bantuan, sumbang ke arah kecemerlangan murid

Adlan Farhan Azwan
22 Sep 2022 10:50am
A
A
A

Sistem barter yang diamalkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Dipang, Kampar, Perak telah membangkitkan semula minat murid-murid untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pendekatan yang diambil sekolah itu merupakan sebahagian usaha untuk memastikan murid-murid memulangkan semula modul-modul yang telah digunakan untuk mendapatkan barangan keperluan seperti makanan dan buah-buahan.

Murid-murid boleh menukarkan modul mereka dengan beras.

Selain memastikan pembelajaran murid-murid dapat diteruskan ketika pandemik Covid-19 melanda, usaha ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga para murid untuk membeli keperluan seharian mereka.

Bukan itu sahaja, pihak SK Pos Dipang turut melaksanakan Program Bookpanda yang menempatkan bahan bacaan di lokasi sekitar perkampungan perkampungan penempatan murid-murid.

Usaha ini adalah bagi meneruskan kelangsungan aktiviti pembacaan di rumah meskipun sekolah ditutup akibat pandemik Covid-19.

Keprihatinan pihak sekolah diteruskan lagi dengan menggerakkan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) untuk ke rumah kediaman murid yang tidak hadir ke sekolah bagi melaksanakan ujian kendiri Covid-19 kerana kebanyakan daripada mereka tidak berkemampuan untuk membeli test kit sendiri.

Bantuan yang dihulurkan tidak terhad hanya kepada warga sekolah, malah ia diperluaskan lagi menerusi Misi Kemanusiaan PKP dengan memberikan sumbangan berbentuk makanan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan sekolah.

Hasilnya, keprihatinan sekolah itu telah diterjemahkan dalam pelbagai siri kejayaan terutamanya dalam bidang inovasi.

Antaranya ialah penerima Anugerah Emas bagi International Information Management Online Showcase (IIMOS) 2021 dan Anugerah Platinum bagi Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan (SPIP) 2021.

Salah satu peserta bagi Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan (SPIP) 2021.

Kedua-dua anugerah ini menjadi penanda aras SK Pos Dipang juga mampu bersaing dengan sekolah-sekolah harian yang lain meskipun berstatus Sekolah Murid Orang Asli (SMOA).

Secara keseluruhannya, SK Pos Dipang telah mengambil pendekatan yang tepat dengan mengutamakan kebajikan setiap murid terjaga dan diharapkan usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Artikel berkaitan

Dibarisi guru cemerlang, faktor kemenjadian murid SK Chopin

Berjaya catat Rekod Dunia Guinness, Sarvysswharrann kebanggaan SJKT Taman Melawati

Projek Laman Hijau SMK Taman Desa, inisiatif guru pupuk tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan