296429210_118334404277779_105654099028348242_n
296429210_118334404277779_105654099028348242_n

Projek Laman Hijau SMK Taman Desa, inisiatif guru pupuk tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar

Adlan Farhan Azwan
02 Sep 2022 08:48am
A
A
A

Projek Laman Hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa, Rawang, Selangor telah berjaya memupuk tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan pelajar.

Projek ini merupakan hasil usaha gurunya, Cikgu Nor Azura Othman yang berhasrat agar hasil tanaman ini dapat dinikmati oleh warga sekolah dan seterusnya dapat memberi peluang kepada mereka untuk merasai kenikmatan hasil tanaman organik.

Ia dilaksanakan menerusi penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran secara organik yang memfokuskan kepada tiga elemen S iaitu Selamat, Sihat dan Seronok.

Antara tanaman buah-buahan yang ada di Laman Hijau ialah durian belanda, jambu batu, belimbing buluh, kelapa, pisang dan nangka.

Selain itu, Laman Hijau ini juga mempunyai pelbagai ulam-ulaman serta sayur-sayuran seperti daun kaduk, daun kucai, kailan, ulam raja, cili, terung, bendi, serai dan kangkung.

[embed]https://youtu.be/6DUvnT_nWvw[/embed]

Hasil tanaman Laman Hijau sememangnya selamat dan boleh terus dimakan kerana tidak menggunakan racun serangga atau sebarang bahan kimia.

Secara tidak langsung, projek ini juga telah menjadi tumpuan utama penyertaan SMK Taman Desa dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Kesemua hasil tanaman ini telah menjalani proses eksperimen terlebih dahulu oleh Cikgu Nor Azura untuk memastikan tanaman dapat tumbuh dengan baik dengan menggunakan baja enzim buatan sendiri daripada sisa kulit buah-buahan dan dicampur dengan gula merah.

Dalam pada itu, persekitaran Laman Hijau yang cantik dan memenangkan juga menyediakan ruang untuk kegiatan kokurikulum dan pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah yang menyeronokkan.

Secara keseluruhannya, projek Laman Hijau ini telah membuktikan kemampuan SMK Taman Desa untuk memberi saingan sihat kepada sekolah-sekolah lain yang menyertai Anugerah ASSSB.

Artikel berkaitan

SK Desa Amanpuri usaha tingkat keceriaan sekolah, maju teknologi dalam PdP 

Cikgu Abas harum nama SK Danau Kota 2 dalam bidang sukan

Dibarisi guru cemerlang, faktor kemenjadian murid SK Chopin


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan