HomeAnugerah Sekolah S.M.A.R.TDibarisi guru cemerlang, faktor kemenjadian murid SK Chopin

Dibarisi guru cemerlang, faktor kemenjadian murid SK Chopin

Walaupun hanya mempunyai seramai 44 orang murid dan 10 orang guru, ia sedikit pun tidak menghalang Sekolah Kebangsaan (SK) Chopin, Parit, Perak, melakar kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ini secara tidak langsung memperlihatkan guru-gurunya adalah penyumbang utama dalam kemenjadian warga sekolah tersebut.

Antaranya pencapaian yang pernah diperoleh sekolah ini ialah Anugerah Guru Inovatif (Berkumpulan), peringkat Daerah Perak Tengah dan Negeri Perak.

Dengan pencapaian tersebut, ia memperkuatkan lagi penyertaan sekolah ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Selain itu Guru Besarnya, Cikgu Hamzah Zakaria tidak terkecuali menyumbangkan kejayaan apabila beliau antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021.

Cikgu Hamzah selaku Guru Besar telah berjaya melakar pelbagai kejayaan.

Pada masa yang sama, Cikgu Hamzah juga muncul sebagai pemenang Pembentang Terbaik sempena Kolokium Amalan Terbaik Pengetua Dan Guru Besar (PGB) PRIme Peringkat Negeri Perak Tahun 2022.

Melihat dengan lebih dekat penyertaan sekolah ini, SK Chopin turut menampilkan kejayaan Guru Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Cikgu Wan Eizalina Wan Mohamed yang merangkul Pingat Emas bagi Seminar Amalan Inovasi PDPC Didik Hibur 2022, Peringkat Kebangsaan 2022.

Penglibatan aktif Cikgu Eizalina telah diiktiraf apabila dilantik menjadi jurulatih pasukan bola jaring SK Chopin.

Dalam pada itu, penglibatan aktif beliau dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan bola jaring turut mendapat pengiktirafan apabila dilantik sebagai jurulatih untuk pertandingan Majlis Sekolah Sukan Daerah (MSSD) Perak Tengah.

Kejayaan SK Chopin diteruskan lagi menerusi murid-muridnya, Nur Iris Izzdihar Baharul Ilmi yang berjaya menerima Anugerah Perak bagi Penang International Invention, Innovation And Design 2021 dan International Digital Innovation and Invention Challenge 2021 serta Alya Aleesya Mohd Syukur sebagai penerima Anugerah Emas bagi pertandingan International Information Management Online Showcase 2021.

Secara keseluruhannya, kecemerlangan guru-guru SK Chopin dalam pelbagai bidang telah berjaya memberi pengaruh positif sekali gus membuktikan kemenjadian murid-murid.

Artikel berkaitan

Keunggulan pencapaian kokurikulum murid SK Batu 8, hasil sokongan dan bimbingan guru cemerlang

Program We Love We Care, tanda prihatin SMK Mukah kepada pelajar

Kemahiran digital SK Dato’ Wan Kemara raih pengiktirafan antarabangsa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok