227412231_1496177800740562_992680142174613286_n
227412231_1496177800740562_992680142174613286_n

Keunggulan pencapaian kokurikulum murid SK Batu 8, hasil sokongan dan bimbingan guru cemerlang

Adlan Farhan Azwan
26 Jul 2022 09:05am
A
A
A

Mencipta kejayaan dalam bidang sukan memerlukan tahap disiplin yang tinggi dan semangat tidak mudah berputus asa.

Namun, ia bukanlah penghalang buat murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 8, Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah, apabila berjaya mencipta pelbagai kejayaan dalam kejohanan sukan di peringkat daerah.

Antaranya menerusi Nur Maisarah Subri dan Muhammad Izzul Syahmi Muhammad Izzat yang menjadi Johan pada Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kubang Pasu di bawah kategori masing-masing.

Selain itu, Nur Maisarah juga mempamerkan kehebatannya dalam olahraga dan berjaya mendapat tempat pertama bagi acara 4x200, 4x100 dan 200 meter Bawah 12 Tahun Perempuan Kejohanan Olahraga MSSD Kubang Pasu.

Dengan kelebihan yang mereka miliki ini, tidak hairanlah sekiranya sekolah ini turut serta dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB).

Bagi mengukuhkan lagi penyertaan, murid-murid SK Batu 8 juga melakar kejayaan bagi unit beruniform, khususnya Tunas Pertahanan Awam (TUSPA) menerusi Muaz Rifqi Md Nizam.

Muaz Rifiq telah berjaya melepasi Ujian Kenaikan Pangkat Khas Tunas Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2021 dan sekali gus dianugerahkan pangkat Koperal.

Dengan segala kejayaan yang dicipta dalam bidang sukan dan unit beruniform, ini tidak bermakna para pelajar disekolah ini tidak mementingkan pencapaian akademik.

Apa yang membanggakan, pencapaian akademik para pelajar sekolah ini seiring dengan pencapaian kokurikulum.

Ini dapat dilihat apabila sekolah telah melaksanakan Projek Transformasi ICT 1 Kelas 1 Smart TV dengan menyediakan televisyen pintar di setiap kelas dan bilik khas untuk digunakan sebagai bahan bantuan pembelajaran.

Dengan kelengkapan teknologi yang ada di dalam setiap kelas, SK Batu 8 memanfaatkannya sebaik mungkin dengan mengadakan Program Jaringan Kolaborasi PdPc bersama Guru Sekolah Luar Dalam Talian.

Artikel berkaitan

Program We Love We Care, tanda prihatin SMK Mukah kepada pelajar

Pengurusan SMJK Chan Wa berorientasi ICT, perkasakan penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar

Pelbagai jalinan kerjasama dengan pihak luar, dorong SK Seri Biram sertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB)


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan