sk serendah anggun gemersik
sk serendah anggun gemersik

Keunikan Anggun Gemersik Tari berjaya gilap bakat murid-murid SK Serendah dalam bidang seni persembahan

Adlan Farhan Azwan
22 Aug 2022 11:33am
A
A
A

Bakat terpendam murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Serendah, Serendah, Selangor dalam bidang tarian dan nyanyian berjaya digilap menerusi penubuhan Anggun Gemersik Tari.

Anggun Gemersik Tari merupakan kumpulan seni persembahan yang memfokuskan bidang tarian tradisional, pancaragam dan nyanyian.

SK Serendah telah berjaya mencungkil dan menggilap bakat murid-murid menggunakan platform yang betul di samping memberi ruang dan peluang kepada mereka yang mempunyai bakat seni yang terpendam.

[embed]https://youtu.be/a155U-9sqh4[/embed]

Anggun Gemersik Tari yang dibimbing oleh Cikgu Nurul Airin Dzilwani Mahadi ini tidak hanya tertumpu kepada pertandingan, tetapi lebih kepada kemenjadian murid dan memartabatkan seni warisan negara.

Pelbagai kejayaan telah diraih oleh Anggun Gemersik menerusi muridnya, Arisyar Fatimatuzzahra Mohd Zamrulyamin apabila terpilih menjadi Johan Idola Tunas Peringkat Daerah 2021, Naib Johan Idola Tunas Peringkat Negeri 2021 dan mendapat tempat kedua di Kids Got Talent Peringkat Kebangsaan 2021.

Hasil kejayaan Arisyar Fatimatuzzahra berjaya melayakkan dirinya untuk menerima Anugerah Tokoh Murid 2021 dan Anugerah Tokoh Ko-Kurikulum 2021 SK Serendah.

Ini secara tidak langsung menguatkan lagi penyertaan sekolah ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian selain kejayaan dalam bidang sukan ragbi yang menjadi Naib Juara Cup Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Selangor.

Murid-murid SK Serendah yang berjaya melakar kejayaan dalam sukan ragbi.

Kejayaan ini turut melayakkan lima orang pemain dari sekolah itu untuk mewakili Hulu Selangor di kejohanan Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS).

Artikel berkatian

Kemahiran murid SK Senawang bermain alat muzik dapat pengiktirafan

Seni dan peralatan muzik terapi meredakan tekanan dan emosi

(VIDEO) Sekolah hasilkan video muzik raya dengan konsep unik, berjaya tarik perhatian warganet


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan