hidroponik
hidroponik

Projek alam sekitar SK Bukit Tampoi (A) tingkatkan kualiti persekitaran sekolah

Adlan Farhan Azwan
23 Aug 2022 09:23am
A
A
A

Pelbagai projek alam sekitar telah dilaksanakan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tampoi (A), Dengkil, Selangor bagi meningkatkan kualiti persekitaran sekolah.

Salah satunya ialah Projek Hidroponik yang merupakan kaedah penanaman sayur-sayuran tanpa menggunakan tanah dan diganti dengan air sebagai medium penanaman.

Set hidroponik yang mempunyai 21 lubang ini disertakan dengan sistem pam serta dikuasakan oleh tenaga solar.

Memandangkan kawasan sekolah agak terhad untuk melakukan penanaman tumbuhan secara tradisional, sistem ini amat bersesuaian dan boleh diamalkan di sekitar kawasan sekolah.

Selain itu, turut dilaksanakan ialah Projek Kitar Semula Air Hujan dengan membina saluran daripada bumbung bangunan ke dalam tangki penyimpanan.

Projek kitar semula air juga dapat mengurangkan kos penggunaan air.

Air hujan yang ditadah akan digunakan semula untuk pelbagai tujuan seperti menyiram pokok, dan pembersihan kawasan sekolah.

Pada masa yang sama, projek ini juga dapat menjimatkan penggunaan air bersih.

Usaha ke arah penjagaan alam sekitar di SK Bukit Tampoi (A) diteruskan lagi dengan Program Aquaponik yang merupakan hasil gabungan sistem akuakultur dan sistem hidroponik.

Penanaman aquaponik dapat memastikan kualiti hasil tanaman terjamin.

Sistem kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang bergantung antara satu sama lain sememangnya penting bagi menghasilkan produk agro yang segar dan berkualiti tinggi.

Secara keseluruhannya, SK Bukit Tampoi telah mempamerkan inisiatif yang baik dalam usaha menerapkan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.

Artikel berkaitan

Fasiliti dan kemudahan SK Sena berjaya lahirkan murid holistik

Pendigitalan sistem pendidikan SMK La Salle Sentul bantu guru tangani isu pengurusan pelajar

Keunggulan pencapaian kokurikulum murid SK Batu 8, hasil sokongan dan bimbingan guru cemerlang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan