no image

Persekitaran sekolah yang kondusif kekuatan SK Dato’ Manan

Adlan Farhan Azwan
28 Jul 2022 03:23pm
A
A
A

Persekitaran kondusif yang menjadi amalan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Manan (Integrasi), Tanjong Karang, Selangor, di lihat mampu mempengaruhi pembangunan murid-murid dari segi rohani dan jasmani.

Dengan menaik taraf kemudahan di kawasan sekolah, bilik darjah dan bilik khas, ia secara tidak langsung membolehkan SK Dato’ Manan menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) anjuran Sinar Harian.

Apa yang dilakukan sekolah ini, ia dilihat sedikit sebanyak membantu menangani masalah kedatangan murid-murid ke sekolah terutamanya ketika hujan lebat dengan kemudahan Gajah Menyusu iaitu jalan berbumbung.

Binaan Gajah Menyusu yang bertujuan supaya murid tidak terdedah dengan cuaca panas atau hujan ketika hadir ke sekolah.

Selain itu, kantin sekolah yang mengalami retakan pada bahagian lantai dan bumbung yang melengkung juga telah dinaik taraf dan menjadikannya lebih selamat untuk murid-murid makan dan minum.

Bilik-bilik khas seperti bilik muzik, bilik tayangan, pusat sumber dan makmal komputer turut diberi ‘nafas’ baharu supaya murid-murid boleh menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan selesa.

Makmal yang selesa untuk murid-murid menjalani PdP.

Hasilnya, murid-murid semakin aktif dalam proses pembelajaran dan berjaya dipertingkatkan dan penyampaian ilmu dapat dilakukan dengan berkesan.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa ruang seperti Sudut Santai Berilmu, Susur Terapi Sedamai, Laman Bestari yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid dan para guru untuk merehatkan minda atau mencari ilham.

Dari segi keselamatan pula, SK Dato’ Manan turut dilengkapi dengan pondok pengawal yang membantu mengawal kemasukan murid-murid ke sekolah.

Secara keseluruhannya, persekitaran yang kondusif memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid dapat menjalani pembelajaran yang efektif.

Artikel berkaitan

Fasiliti dan kemudahan SK Sena berjaya lahirkan murid holistik

Program Sekolah Lestari SK LKTP Felda Ulu Penggeli didik nilai prihatin terhadap alam sekitar

Dua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSB


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan