Prinsip 5P terbukti dalam kemenjadian murid di SJKC Chung Hua 5
Prinsip 5P iaitu Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan, Penilaian dan Penambahbaikan yang menjadi panduan dalam pengendalian program di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua 5, Kuching, Sarawak mampu meningkatkan tahap kemenjadian murid.
Ia dapat dilihat menerusi keberkesanan program yang memberi impak positif kepada murid-murid dan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian sekolah.
Hasilnya, sekolah yang mempunyai seramai 63 orang guru dan 778 murid ini berjaya melakar kejayaan antaranya menerima Anugerah Sekolah Bestari Peringkat Negeri 2020 dan Smart School Qualification Standard – 5 Bintang Peringkat Negeri 2021.
Selain itu, guru-guru di sekolah juga berperanan besar dalam memastikan perkembangan murid-murid dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Salah seorang guru SJKC Chung Hua 5, Cikgu Voon Sze Ling merupakan antara guru yang sentiasa memberi penekanan terhadap pembangunan diri yang akan menyumbang kepada kemenjadian murid-murid di sekolah.
Berikut adalah antara pencapaian Cikgu Voon Sze Ling:
1. Top 50 Cikgu Juara Digital 2022
2. Microsoft Innovative Educator 2022
3. DELIMa Certified Training Programme Google Certified Educator Level 2
4. Guru Pembimbing Digital Storytelling Animation Peringkat Negeri 2020 (Naib Johan)
5. Guru Pembimbing Digital Storytelling Animation Peringkat Negeri 2021 (Johan)
6. Guru Pembimbing Pertandingan Digital Storytelling Animation (DST) Kategori Sekolah Rendah, Peringkat Negeri (Johan)
7. Guru Pembimbing Visual Storytelling Competition ICBE 2021 (Gold Medal)
Melihat dengan lebih dekat penyertaan ini, SJKC Chung Hua juga memberi pendedahan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) menerusi program Sekolah Enuma.
Setiap murid akan diberi peranti untuk digunakan bagi menjalani aktiviti pembelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu agar mereka dapat menguasai kemahiran asas dalam pembelajaran awal.
Artikel berkaitan
Guru dan murid SK Kampung Baharu, Jerantut, berganding bahu menyertai ASSSB
Penggunaan teknologi di SJKC Pei Hua jadi pemudah cara PdP dalam talian
Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid