msss (1)
msss (1)

Raih kejayaan dalam bidang STEM, bukti kemenjadian murid SKC Anglo Chinese

Adlan Farhan Azwan
22 Aug 2022 09:18am
A
A
A

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Cina (SKC) Anglo Chinese, Kota Kinabalu, Sabah telah melakar pelbagai kejayaan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Ia dibuktikan menerusi salah seorang muridnya, Matthew Wong Rong Cheng yang menerima Anugerah Emas bagi dua pertandingan iaitu Singapore and Asian Schools Math Olympiad (SASMO) dan Benedict Goh Malaysia Schools Mathematics Championship 2021.

Dia juga berjaya meraih dua Anugerah Emas bagi Malaysia Science Competition dan Malaysia Mathematics Competition pada tahun 2022 anjuran HOTS Educational Innovation Development.

Kejayaan Rong Cheng ini khususnya dalam bidang matematik diteruskan lagi dengan penerimaan dua Anugerah Perak di Malaysia Mathematics Invitational (National Level) 2021 dan Kangaroo Math Competition (Benjamin Category) 2021.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya SKC Anglo Chinese telah mencalonkan kejayaan daripada Rong Cheng dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Sementara itu, Winnie Tay Hui Nie juga tidak kurang hebatnya apabila layak ke peringkat antarabangsa di Malaysia Make X Robotics Competition 2021.

Selain kejayaan dalam bidang STEM, murid-murid sekolah ini juga cemerlang dalam bidang sukan khususnya badminton menerusi Chua Jing Xuan.

Jing Xuan berjaya menjadi Johan Kejohanan Badminton Sekolah Rendah MSSD KK 2022 bagi kategori Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun.

Dia berjaya dinobatkan sebagai Johan Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun pada Kejohanan Badminton Sekolah Rendah Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kota Kinabalu 2022 dan sekali gus mewakili daerah itu di peringkat Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS).

Di peringkat MSSS pula, Jing Xuan berjaya menjadi Johan dan dipilih mewakili Negeri Sabah di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada bulan September ini.

Artikel berkaitan

Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB

SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur cemerlang dalam akademik, sukan dan kokurikulum

SK Desa Amanpuri usaha tingkat keceriaan sekolah, maju teknologi dalam PdP 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan