Screenshot (87)
Screenshot (87)

Sifat prihatin SMK Sulaiman, jadi contoh baik buat pelajar

Adlan Farhan Azwan
08 Sep 2022 11:48pm
A
A
A

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dapat dilaksanakan dengan berkesan, guru-guru memainkan peranan penting untuk mewujudkan hubungan baik bersama pelajar.

Itulah keutamaan buat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman, Bentong, Pahang apabila berjaya menganjurkan pelbagai program antaranya Program Curahan Kasih dan Penyampaian Bantuan Khas Banjir dan Program Guru Penyayang, Ziarah Cakna dan Mentor Mentee.

Suasana sekitar majlis pelancaran Program Guru Penyayang, Program Ziarah Cakna dan Program Mentor Mentee.

Ini adalah sebahagian usaha para guru SMK Sulaiman bagi melahirkan suasana pembelajaran kondusif yang amat diperlukan dalam proses kemenjadian pelajar.

Selain itu, keprihatinan guru-guru terhadap pembangunan pelajar terutamanya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) juga telah diiktiraf sehingga ke peringkat kebangsaan menerusi Cikgu Nor Fatihah Mohamad Nagib.

Hasil sumbangan dan pengorbanan beliau telah melayakkannya untuk menerima Anugerah Ikon STEM-TVET (Emas) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022.

Bukan itu sahaja, beliau turut diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Guru Ikon STEM TVET sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022.

Tidak hairanlah sekiranya kejayaan yang dilakar oleh para guru SMK Sulaiman menjadi contoh kepada pelajarnya untuk melakukan terbaik dan seterusnya mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Salah seorang pelajar, Harshini Kumara Vell yang berjaya mendapat Pingat Gangsa dalam Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) 2022 turut dinobatkan Naib Johan Pertandingan Syarahan Karnival Bahasa Tamil Peringkat Daerah 2022.

Hakikatnya, usaha SMK Sulaiman dalam menjalinkan hubungan baik bersama-sama pelajar telah berjaya membuahkan hasil dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah.

Artikel berkaitan

Sistem pengurusan sekolah yang teratur, faktor kejayaan SK Sungai Rasau

Buta sebelah mata, sumbangan guru OKU ini, tunjang kejayaan SK Tambun Tulang

Kejayaan SK Kampung Simunul, hasil kecemerlangan pengurusan sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan