HomeAnugerah Sekolah S.M.A.R.TSistem WED-COCU tingkatkan kualiti kokurikulum SK Lembah Subang

Sistem WED-COCU tingkatkan kualiti kokurikulum SK Lembah Subang

Seiring dengan keperluan digital dalam sistem pendidikan, Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Subang, Petaling Jaya, Selangor telah menubuhkan Wednesday Energetic Day – COCU (WED-COCU) bagi melancarkan proses pengurusan kokurikulum.

WED-COCU merupakan sistem perekodan yang dikhususkan untuk mengisi, menganalisis dan merekodkan maklumat kokurikulum berkaitan sekolah.

Paparan muka WED-COCU yang digunakan oleh guru-guru SK Lembah Subang.

Ia sekali gus menjadi taruhan utama sekolah ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestar (ASSSB), Sinar Harian.

Guru-guru boleh mengisi segala maklumat yang diperlukan berkaitan kokurikulum sama ada unit badan beruniform, kelab, persatuan dan rumah sukan guru.

Sistem ini juga membolehkan guru-guru melakukan pengisian kehadiran secara dalam talian.

Selain itu, guru-guru boleh menggunakan sistem WED-COCU ini bagi melengkapkan laporan dengan memuat naik gambar-gambar aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu.

Antara fungsi lain adalah kandungan Scheme of Work (SOW) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disediakan bagi memudahkan guru-guru merangka dan melaksanakan aktiviti kokurikulum.

Dalam pada itu, SK Lembah Subang juga telah mempamerkan kecemerlangan dalam bidang muzik menerusi beberapa inisiatif antaranya transformasi mengubahsuai dan
menceriakan bilik muzik dan penubuhan pasukan angklung.

Keadaan bilik muzik di SK Lembah Subang setelah melalui proses transformasi.

Bukan itu sahaja, sekolah ini turut menubuhkan pasukan ukulele dan alat muzik genderang untuk menarik minat murid-murid mempelajari kemahiran alat muzik.

Murid-murid yang berminat mempelajari kemahiran bermain alat muzik ukulele boleh menghadiri kelas percuma yang diadakan pada setiap hari Sabtu.

Artikel berkaitan

Kemahiran digital SK Dato’ Wan Kemara raih pengiktirafan antarabangsa

Pembelajaran kondusif matlamat SMK Kajang Utama, sentiasa pacu kecemerlangan pelajar

Kemahiran murid SK Senawang bermain alat muzik dapat pengiktirafan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok