hitam labu
hitam labu

SK Ayer Hitam Labu pupuk pelihara flora fauna, tercatat dalam Asia Book of Records

Rasyidah Zulkifi
26 Aug 2022 10:52am
A
A
A

Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam Labu, Kampar, Perak menggunakan platform digital untuk menarik warga sekolah agar mempunyai kesedaran terhadap kepentingan flora dan fauna. Atas usaha tersebut telah membuatkan nama sekolah ini tercatat di dalam Asia Book Of Records.

Menerusi program berskala besar yang diadakan secara dalam talian, Cikgu Kamal Abdul Rahman dan murid, Nafisa Aqeela Yusaini merakam video penyertaan merangkumi tiga perkara iaitu bacaan ikrar, nyanyian dan menanam pokok.

Selepas rakaman itu disunting, video tersebut kemudiannya dimuat naik di platform YouTube dan link dihantar kepada pihak penganjur iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Go Green– A Voice of Nation.

Hasilnya, mereka berdua menerima sijil penyertaan Asia Book of Records dan Certificate of Imperial World Records and Awards yang secara tidak langsung mengharumkan nama sekolah.

Ini kerana program berkenaan disertai oleh pelbagai badan dan institusi dari serata pelosok dunia walaupun ia dihoskan di Malaysia.

Sementara itu, bagi menghargai hidupan laut tempatan yang semakin terancam, Nor Qistina Samia Mohd Rani melibatkan diri dalam Forum Webinar Pengakap Laut Malaysia dan Kuiz Dalam Talian Hari Penyu Laut Sedunia Peringkat Kebangsaaan.

Selain itu, dalam usaha menjaga kehijauan ekosistem, Muhammad Zulkhairy menyertai Pertandingan Enviro Challenge Rakan Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak dan mendapat tempat kedua dalam program berkenaan.

Semua pencapaian di pelbagai peringkat ini turut dipertaruhkan dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Artikel berkaitan

Guru SK Rumbia buat kejutan. Sepakat bermesyuarat di dalam kereta api, kreatif sungguh!

SK Desa Amanpuri usaha tingkat keceriaan sekolah, maju teknologi dalam PdP  

Tahniah, Program Patriotisme UiTM diiktiraf The Malaysia Book of Records


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan