sekolah1
sekolah1

Strategi transformasi SK Pusat Air Tawar berjaya lahirkan murid berdaya saing

Adlan Farhan Azwan
09 Sep 2022 12:21am
A
A
A

Strategi transformasi yang diamalkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar, Endau, Johor berjaya melahirkan murid-murid yang berdaya saing.

Dalam strategi tersebut, terdapat empat aspek yang telah digunakan iaitu Kepimpinan Berkesan, Sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Persekitaran Pembelajaran Bermakna serta Guru Berkualiti.

Setiap aspek ini memainkan peranan penting yang melibatkan kerjasama semua warga SK Pusat Air Tawar bagi memastikan murid-murid dapat menjalani proses pembelajaran sempurna seterusnya menyumbang ke arah kemenjadian mereka.

Bagi aspek Kepimpinan Berkesan, ia tidak terhad kepada Guru Besar sahaja, malah guru-guru yang lain turut memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin terutamanya ketika berada di dalam bilik darjah.

Jadi, setiap guru di SK Pusat Air Tawar telah dilengkapi dengan kemahiran kepimpinan untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara berkesan kepada murid-murid.

Melihat kepada aspek Sokongan PIBK, ia bertindak sebagai salah satu perantaraan untuk membolehkan murid-murid meneruskan proses pembelajaran sebaik melangkah keluar dari sekolah.

Aspek Persekitaran Pembelajaran Bermakna pula memberi penekanan terhadap suasana pembelajaran sama ada di dalam mahupun luar bilik darjah.

Guru-guru berperanan membangkitkan minat murid untuk sentiasa seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu.

Hasilnya, SK Pusat Air Tawar telah berjaya mencipta pelbagai kejayaan menerusi dua orang muridnya, Mohammad Adam Firdaus Abdul Rahman dan Nurul Dania Amani Ismail, sekali gus ditampilkan dalam penyertaan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Mohammad Adam telah dinobatkan Johan Pertandingan E-Daie Cilik MQSS Peringkat Daerah Mersing 2021 dan menjadi Naib Johan Pertandingan Daie Cilik Peringkat Negeri Johor 2021.

Kejayaan Nurul Dania pula hadir menerusi bidang robotik apabila dia berjaya mendapat Tempat Ke-10 Terbaik bagi Jazari UTM Robotic Innovation X Games (Time Rush) 2021.

Ternyata, strategi transformasi yang diterapkan di SK Pusat Air Tawar telah membuktikan keberkesanannya dan diharapkan lebih ramai lagi murid-murid dapat mencipta kejayaan.

Artikel berkaitan

Pembudayaan digital dan inovasi dalam kurikulum, kokurikulum SMPK Vokasional Indahpura

Kecekapan sistem pengurusan SK Puchong Jaya 2, usaha ke arah kemenjadian murid

Dibarisi guru cemerlang, faktor kemenjadian murid SK Chopin


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan