Maahad Tahfiz Istiqomatuddin memerlukan dana sebanyak RM850,000 bagi menyiapkan pembinaan bangunan demi kelangsungan sistem pendidikan huffaz dan pemerkasaan al-Quran.
Maahad Tahfiz Istiqomatuddin memerlukan dana sebanyak RM850,000 bagi menyiapkan pembinaan bangunan demi kelangsungan sistem pendidikan huffaz dan pemerkasaan al-Quran.

Maahad Tahfiz Istiqomatuddin perlu dana siapkan bangunan terbengkalai sejak PKP

27 Feb 2026 10:13am

Maahad Tahfiz Istiqomatuddin di Kampung Sementa, Kapar, Selangor memerlukan dana sebanyak RM850,000 bagi menyiapkan pembinaan bangunan baharu yang terbengkalai sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), demi kelangsungan sistem pendidikan huffaz dan pemerkasaan al-Quran.

Pengurusnya, Faizah Hamid berkata, pembinaan bangunan di atas sebidang tanah wakaf Majlis Agama Islam Selangor itu bergantung sepenuhnya kepada yuran pelajar serta sumbangan orang ramai bagi menampung kos operasi dan pembangunan.

Menurut beliau, institusi tersebut berdaftar sepenuhnya dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, serta berperanan melahirkan generasi huffaz yang seimbang dari sudut rohani, sahsiah dan akademik.

"Bangunan tiga tingkat yang sedang dibina ini berkapasiti menempatkan sehingga 150 orang pelajar dan merangkumi dewan, surau, pejabat, bilik guru, kelas, asrama, bilik penginapan warden serta guru, selain kemudahan gelanggang futsal," katanya.

Beliau memberitahu, antara kerja-kerja yang masih belum disiapkan termasuk pemasangan pendawaian elektrik, pemasangan mozek, serta kerja mengecat bangunan dan banyak lagi.

Kemasukan pelajar ke Maahad Tahfiz Istiqomatuddin dibuka sepanjang tahun, merangkumi pengajian hafazan 30 juzuk al-Quran, Syahadah al-Quran, Diniyyah serta akademik asas.
Kemasukan pelajar ke Maahad Tahfiz Istiqomatuddin dibuka sepanjang tahun, merangkumi pengajian hafazan 30 juzuk al-Quran, Syahadah al-Quran, Diniyyah serta akademik asas.

Jelasnya, objektif utama kutipan dana adalah untuk menyiapkan pembinaan bangunan yang tertangguh sejak PKP, bagi menyokong sistem pendidikan para huffaz seterusnya memartabatkan al-Quran sebagai teras pembinaan ummah.

Dalam masa sama, kata beliau, kemasukan pelajar ke Maahad Tahfiz Istiqomatuddin dibuka sepanjang tahun, merangkumi pengajian hafazan 30 juzuk al-Quran, Syahadah al-Quran, Diniyyah serta akademik asas.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 562067609497 atas nama Maahad Tahfiz Istiqomatuddin.

"Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Mudir, Abdul Rahim Mat Ellah di talian 012-271 1268 atau 017-6202054," katanya. - Sinar Harian 

 

 

Ringkasan AI

  • Maahad Tahfiz Istiqomatuddin memerlukan RM850,000 untuk menyiapkan pembinaan bangunan baru yang terhenti sejak PKP
  • Pembinaan bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai
  • Institusi berdaftar dengan JAIS dan JAKIM, bertujuan melahirkan generasi huffaz seimbang
  • Bangunan baru berkapasiti 150 pelajar lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk dewan, surau, dan gelanggang futsal
  • Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Maahad Tahfiz Istiqomatuddin untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan yang tertangguh
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp