Fadhlina pada sidang media selepas merasmikan Program Sekolah Dalam Hospital di Hospital Seberang Jaya pada Khamis.
Fadhlina pada sidang media selepas merasmikan Program Sekolah Dalam Hospital di Hospital Seberang Jaya pada Khamis.

KPM pantau pembabitan pelajar dalam aktiviti militan, kumpulan ekstremis

13 Mar 2026 10:31am

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memantau rapi pembabitan pelajar dalam aktiviti militan dan keganasan bagi mengekang sebarang unsur ekstremisme daripada menyusup masuk ke institusi pendidikan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihak KPM telah menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

"Dalam masa yang sama, di peringkat KPM kita pantau semua penglibatan pelajar supaya anasir ini tidak masuk dalam kementerian dan khususnya di institusi pendidikan kita," katanya pemberita selepas merasmikan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Seberang Jaya pada Khamis.

Beliau berkata, kerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan penting bagi melindungi pelajar, guru serta keseluruhan institusi pendidikan daripada pengaruh yang berkait rapat dengan unsur terbabit.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, polis melumpuhkan cubaan menghidupkan semula ideologi kumpulan pengganas Daesh di negara ini dengan penahanan enam remaja termasuk tiga di bawah umur menerusi operasi khas.

Beliau berkata, suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun itu ditahan dalam operasi dilancarkan oleh Cawangan Khas selama dua hari bermula 14 Februari lalu di Lembah Klang, Johor, Kedah dan Terengganu.

Polis turut mendedahkan mengesan kewujudan sel radikal yang memfokuskan golongan remaja dan mempunyai jaringan komunikasi dengan kumpulan ekstremis di luar negara. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan memantau pembabitan pelajar dalam aktiviti militan dan ekstremisme untuk menjaga institusi pendidikan
  • Menteri Fadhlina Sidek menyatakan pihak KPM bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan kes tersebut
  • Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan dianggap penting dalam melindungi pelajar dan institusi pendidikan dari pengaruh negatif
  • Ketua Polis Negara membongkar cubaan menghidupkan semula ideologi Daesh di Malaysia dengan penahanan enam remaja
  • Polis menemui sel radikal yang menargetkan remaja dan mempunyai hubungan dengan kumpulan ekstremis di luar negara
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp