No Image Caption

Bubur lambuk satukan warga sekolah!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
16 Mar 2026 10:35am

Aroma bubur lambuk yang dimasak secara bergotong-royong menjadi simbol kemeriahan Ramadan di sekolah.

Setiap kali bulan mulia ini tiba, guru, murid, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta warga sekolah berganding bahu menyediakan hidangan tradisi yang cukup sinonim dengan amalan berkongsi rezeki.

Di sekolah rendah mahupun menengah, program memasak dan mengagihkan bubur lambuk bukan sekadar aktiviti mengisi kalendar Ihya Ramadan.

Sebaliknya, ia menjadi ruang mendidik murid tentang nilai kerjasama, semangat kebersamaan dan kepentingan bersedekah kepada orang lain.

Suasana di dapur sementara sekolah yang dipenuhi gelak tawa dan semangat gotong-royong jelas menggambarkan indahnya Ramadan apabila diraikan bersama.

Ingin tahu bagaimana program bubur lambuk ini menyatukan warga sekolah? Bersama Sinar Bestari menikmati aroma bubur lambuk.

Jom kita bergotong-royong!

Artikel Berkaitan:
Ringkasan AI
  • Aroma bubur lambuk yang dimasak secara bergotong-royong menjadi simbol kemeriahan Ramadan di sekolah
  • Setiap kali bulan Ramadan tiba, guru, murid, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta warga sekolah berganding bahu menyediakan hidangan tradisi
  • Di sekolah, program memasak dan mengagihkan bubur lambuk mengajarkan nilai kerjasama, semangat kebersamaan dan kepentingan bersedekah
  • Suasana di dapur sementara sekolah dipenuhi gelak tawa dan semangat gotong-royong
  • Program bubur lambuk menyatukan warga sekolah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp