
Warga sekolah beraksi kacau bubur lambuk!
Program penyediaan bubur lambuk sentiasa menjadi antara aktiviti Ihya Ramadan yang paling meriah di sekolah.
Dari proses memotong bahan, mengacau bubur di kawah besar hinggalah saat ia diagihkan kepada murid-murid, pelajar, guru dan warga sekolah.
Setiap detik memancarkan semangat kerjasama dan kebersamaan warga sekolah.
Jelas, tradisi ini kekal relevan dan mampu menyatukan warga sekolah di semua peringkat pendidikan.
Dalam paparan lensa kali ini, Sinar Bestari menampilkan beberapa sekolah yang berkongsi kemeriahan dan keseronokan mengacau bubur lambuk.

REAKSI
1) "Program Bubur Lambuk Ramadan 2026 yang kami laksanakan ini dianjurkan oleh Unit Bantuan Hal Ehwal Murid dan Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab dengan kerjasama Yayasan Kossan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Bukit Kapar Care. Ia boleh merapatkan ukhuwah Islamiyyah dalam kalangan warga sekolah, PIBG dan komuniti luar."
- Penyelaras Program merangkap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kapar, Saripuddin Latip.
2) "Melalui aktiviti ini, saya harapkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan, komuniti dan murid-murid lebih akrab. Secara tidak langsung, para pendidik memberikan pengetahuan luar bilik darjah kepada murid-murid sekolah tentang cara membuat bubur lambuk sekali gus memupuk sikap suka bersedekah sejak kecil."
- Penyelaras Program merangkap Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Pandamaran Jaya, Ridzuan Mat Ail.

3) "Program Santunan Bubur Lambuk 3.0 ini adalah salah satu inisiatif Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang bertujuan memupuk perpaduan, keharmonian dan toleransi dalam kalangan pelajar dan guru pelbagai kaum. Kali ketiga dianjurkan, mereka bergotong-royong menyediakan bubur lambuk yang diagihkan kepada warga sekolah, masjid dan surau berdekatan."
- Koordinator Program, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Muhammad Muzakkir Che Ani
4) "Saya berharap program sebegini terus memupuk semangat kekitaan, kerjasama dan kerja berpasukan antara guru dan pelajar pelbagai kaum. Usaha seperti ini bukan sahaja mengeratkan kebersamaan, malah memperkukuh perpaduan dalam komuniti sekolah."
- Pengetua Cemerlang, SMK Kota Kemuning, Mohd Fauzi Zailan










Ringkasan AI
- Program penyediaan bubur lambuk merupakan aktivitas Ihya Ramadan yang meriah di sekolah
- Melibatkan proses dari pemotongan bahan hingga pengagihan bubur, menunjukkan semangat kerjasama warga sekolah
- Tradisi bubur lambuk menyatukan warga sekolah di semua peringkat pendidikan
- Diadakan dengan kerjasama bermacam pihak termasuk PIBG dan yayasan, bertujuan mempererat ukhuwah
- Program ini juga bertujuan memupuk perpaduan, keharmonian, dan mengajar murid tentang kerjasama serta sifat bersedekah