
Mimbar Daie semarak dakwah pelajar
SUASANA penuh keyakinan dan semangat dakwah jelas terpancar apabila murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Sakaran, Semporna tampil menyampaikan tazkirah secara santai dan kreatif.
Guru, Norizuani Gabaldin berkata, menerusi Pertandingan Mimbar Daie yang berlangsung sepanjang program Raudhah Ramadan itu, menyelitkan unsur nasihat dan motivasi bagi menarik perhatian rakan sebaya.
“Setiap peserta diberi masa lima minit untuk menyampaikan mesej dakwah dengan gaya penyampaian tersendiri.

“Mereka juga menggunakan pendekatan penceritaan. Bagi penilaian pula dibuat berdasarkan aspek penyampaian, isi kandungan serta penggunaan bahasa yang berkesan dalam menyampaikan mesej,” katanya.
Program Mimbar Daie ini merupakan antara pengisian utama yang dianjurkan bagi menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan pelajar menengah rendah dan menengah atas.
Bukan itu sahaja, ujar Norizuani, pelajar turut berpeluang menyertai Musabaqah Hafazan yang menguji tahap hafazan mereka menerusi surah-surah pilihan seperti surah Yasin, As-Sajdah, Al-Mulk dan Al-Waqiah.

“Pertandingan ini bukan sahaja memberi ruang kepada pelajar menonjolkan kemampuan hafazan, malah menyemai rasa cinta terhadap al-Quran,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Kuiz Ilmu Wahyu yang dilaksanakan secara berkumpulan turut menguji tahap kefahaman para pelajar terhadap ilmu asas Islam dalam suasana pembelajaran yang lebih interaktif.
- SUASANA keyakinan dan semangat dakwah muncul di SMKA Tun Sakaran, Semporna melalui tazkirah santai dan kreatif
- Pertandingan Mimbar Daie menarik perhatian dengan nasihat dan motivasi, memerlukan peserta menyampaikan mesej dakwah dalam lima minit
- Pendekatan penceritaan digunakan, penilaian berdasarkan penyampaian, isi dan penggunaan bahasa
- Program ini bagian dari pengisian Ramadan untuk pelajar, termasuk Musabaqah Hafazan dengan surah pilihan
- Kuiz Ilmu Wahyu secara berkumpulan meningkatkan kefahaman ilmu asas Islam secara interaktif
