Penawaran program prauniversiti di MSU bermatlamat membantu pelajar lepasan SPM/SPMV mendapat pendedahan awal tentang bidang pengajian serta hala tuju yang bakal dilalui sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda.
Penawaran program prauniversiti di MSU bermatlamat membantu pelajar lepasan SPM/SPMV mendapat pendedahan awal tentang bidang pengajian serta hala tuju yang bakal dilalui sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda.

Prauniversiti MSU platform ke ijazah sarjana muda

Bantu lepasan SPM dan SPMV teroka bidang pengajian serta hala tuju

30 Mar 2026 07:30pm

Management and Science University (MSU) antara universiti terbaik di Malaysia dengan memfokuskan penawaran bidang-bidang pengajian kritikal dan memenuhi keperluan industri serta pasaran kerjaya.

Penawaran program prauniversiti di MSU bermatlamat membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) mendapat pendedahan awal tentang bidang pengajian serta hala tuju yang bakal dilalui sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda.

Program selama setahun ini meliputi tempoh tiga semester pengajian dan pelajar diberi pendedahan awal sesuatu bidang serta pilihan kerjaya.

MSU melalui Centre for Fundamental Studies (CFS) menawarkan tujuh pilihan program prauniversiti iaitu Information Technology, Business, Law, Sciences, TESL, Visual Art, Engineering and Technology serta Liberal Arts.

Pelajar boleh mengikuti program ijazah sarjana muda di MSU menerusi Faculty of Health & Life Sciences, Faculty of Business Management & Professional Studies, Faculty of Information Sciences & Engineering, International Medical School, School of Dentistry, School of Veterinary Medicine, School of Education & Social Sciences, School of Hospitality & Creative Arts dan School of Pharmacy.

Antara bidang pengajian iaitu Perubatan, Perubatan Veterinar, Pergigian, Sains Bioperubatan, Optometri, Sains Forensik, Farmasi, Teknologi Kardiovaskular, Perniagaan Antarabangsa, Perakaunan, Kewangan, Forensik Komputer, Kejuruteraan Komputer, TESL, Animasi dan Rekabentuk Permainan dan sebagainya.

Program pengajian MSU direka khusus bagi meningkatkan kebolehpasaran dan memperkasa pengalaman pembelajaran melalui aktiviti kokurikulum bagi melengkapkan pelajar dengan nilai etika khususnya budaya Giving and Grateful.

Lagi maklumat mengenai program pengajian dan peluang biasiswa atau bantuan kewangan, kunjungi kampus induk di Shah Alam dan kampus satelit MSU di seluruh negara. Juga boleh hubungi talian 03-5521 6868 atau layari www.msu.edu.my

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Management and Science University (MSU) antara universiti terbaik di Malaysia dengan fokus kepada bidang kritikal dan industri.
  • MSU menawarkan program prauniversiti yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM.
  • Tujuh pilihan program prauniversiti disediakan melalui Centre for Fundamental Studies (CFS).
  • MSU menawarkan pelbagai program ijazah melalui beberapa fakulti seperti Sains Kesihatan, Perniagaan, dan Perubatan.
  • Program pengajian MSU direka bagi meningkatkan kebolehpasaran dan memperkasa pengalaman pembelajaran.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp