Gambar tangkap layar selepas insiden ribut yang melanda MRSM Pendang pada Isnin.
Gambar tangkap layar selepas insiden ribut yang melanda MRSM Pendang pada Isnin.

Beberapa sekolah di Pendang dilanda ribut - JPN

28 Apr 2026 09:54am

Beberapa sekolah di daerah Pendang dilaporkan terlibat dalam kejadian ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah, petang Isnin.

Sumber Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah yang dihubungi memaklumkan setakat ini, sekolah disahkan terlibat ialah Akademi Sains Pendang, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Md Ariff, SK Paya Mak Inson dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang.

Difahamkan terdapat beberapa sekolah di daerah lain turut terjejas akibat ribut berkenaan, bagaimanapun maklumat sebenar sekolah yang terlibat dan kerosakan yang dialami masih belum diperolehi.

Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah dalam kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa tiga daerah iaitu Pendang, Bandar Baharu dan Kubang Pasu dilaporkan dilanda ribut setakat 9.30 malam.

Kejadian awal petang itu menyebabkan beberapa rumah, bangunan termasuk premis kerajaan mengalami kerosakan terutamanya pada bahagian bumbung selain banyak pokok dilaporkan tumbang sehingga menghalang laluan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp