Murid dan guru bersama-sama meluangkan masa membaca buku di Perpustakaan Kuala Lumpur, semasa sambutan Hari Buku Sedunia 2026 baru-baru ini. Gambar kecil: Adibah
Murid dan guru bersama-sama meluangkan masa membaca buku di Perpustakaan Kuala Lumpur, semasa sambutan Hari Buku Sedunia 2026 baru-baru ini. Gambar kecil: Adibah

Buku penting untuk kemajuan negara

Usaha memartabatkan naskhah buku kepada rakyat Malaysia

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
04 May 2026 02:38pm

Buku bukan sekadar bahan rujukan yang tersusun di rak perpustakaan atau menghiasi sudut rumah, ia sepatutnya diangkat sebagai nadi pembangunan negara.

Itulah aspirasi besar yang sedang digerakkan oleh Perbadanan Kota Buku (PKB) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan institusi perpustakaan dalam usaha memastikan budaya membaca terus hidup.

Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Adibah Omar berkata, melalui agenda pendemokrasian akses perbukuan, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memastikan buku sampai ke tangan semua lapisan rakyat tanpa mengira lokasi.

"Dari bandar hingga ke kawasan seperti Kinabatangan (Sabah), Jeli (Kelantan), Yan (Kedah) dan banyak lagi, anak-anak kini menikmati peluang akses bahan bacaan berkualiti.

No Image Caption

"Usaha ini mencatat sejarah tersendiri apabila kadar capaian terhadap buku berada pada tahap tertinggi pernah direkodkan di Malaysia," katanya.

Manakan tidak, pemangkin utamanya pelaksanaan Baucar Buku Madani yang kini memasuki dua pusingan dengan kadar penebusan mencecah 100 peratus.

Menurut Adibah, sebanyak 94.5 peratus penerima bersetuju untuk terus membaca.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Ini petunjuk jelas bahawa apabila akses dibuka, rakyat memilih untuk membaca.

"Kami percaya manifestasi Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia di peringkat global ini akan membawa makna yang sangat besar," ujarnya.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp